Anda di sini

Beri sokongan kepada kerajaan negeri bangunkan Sabah

Advertisement
MADIUS berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
MADIUS berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

KUALA PENYU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengajak rakyat supaya terus memberikan sokongan terhadap kerajaan negeri bagi memastikan Sabah dapat membangun dengan lebih pesat.

Madius yang juga Menteri Perdagangan Dan Perindustrian berkata sokongan 'biasa' tidak memadai dan mencukupi kerana masih terdapat segelintir rakyat masih belum memberikan sokongan sepenuhnya terhadap perancangan kerajaan negeri.

Sebagai contoh katanya, perancangan untuk membina empangan di Papar yang bertujuan membekalkan bekalan elektrik turut mendapat bantahan dan ia sekaligus melambatkan pembangunan negeri Sabah.

Katanya, jika empangan di Papar itu direalisasikan ia mampu menurunkan harga bekalan elektrik yang ketika ini terlalu mahal untuk semua pihak termasuk pengguna dan pemain industri (pelabur) untuk menjalankan operasi.

"Kita sudah mempunyai taman perindustrian di negeri ini namun tidak ramai pelabur yang datang kerana masih kurang kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Kos bagi bekalan elektrik di Sabah sangat tinggi jika dibandingkan dengan negeri Sarawak.

"Oleh itu, perindustrian di Sarawak terus meningkat berikutan harga bekalan elektrik yang murah. Justeru kita akan melakukan perkara yang sama dengan menyediakan bekalan elektrik yang berpatutan bagi menggalakkan kedatangan pelabur ke Sabah.

"Maka rakyat perlu memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan negeri baharu demi membangunkan ekonomi Sabah ke tahap yang lebih baik demi kebaikan dan manfaat semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Parlimen Beaufort 2019 di Dewan Shahbandar Makang Kuala Penyu, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Madius yang juga Pemangku Presiden Upko memberitahu, Sabah tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap industri pelancongan semata-mata walaupun negeri ini kaya dengan keindahan semula jadi.

Oleh itu katanya, Sabah perlu menangani beberapa cabaran dengan segera bagi membangunkan perindustrian di negeri ini serta memperbanyakkan industri hiliran lain yang ketika ini berada pada tahap 7.5 peratus.

  • oleh
  • Advertisement