Anda di sini

MPS akan kaji permohonan PPBMDS

Advertisement
LIEW (lima dari kanan) di samping Peter Hii bergambar bersama jawatankuasa PPBMDS dan orang ramai pada program bergerak pusat khidmat masyarakat itu.
LIEW (lima dari kanan) di samping Peter Hii bergambar bersama jawatankuasa PPBMDS dan orang ramai pada program bergerak pusat khidmat masyarakat itu.

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengkaji secara lebih terperinci mengenai permohonan yang dikemukakan oleh Persatuan Pengusaha Bas Mini Daerah Sandakan (PPBMDS) berhubung kedudukan tapak terminal bas sedia ada dapat terus dikekalkan.

Presiden MPS, Datuk Peter Hii Chang Lik berkata pihak majlis harus mengkaji atau meneliti terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan persatuan tersebut.

"Kita minta persatuan supaya mengemukakan permohonan kepada pihak majlis untuk kita teliti dan proses nanti termasuklah membawa perkara ini ke mesyuarat penuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Program Bergerak Pusat Khidmat Rakyat P. 185 Batu Sapi di Terminal Bas Sandakan di bandar itu hari ini (Ahad).

Sebelum itu, Peter Hii menyaksikan perjalanan perkhidmatan bergerak yang dikendalikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong.

Perkhidmatan yang menggunakan kenderaan van unit itu memberikan peluang kepada Liew bertemu dan mendengar sendiri segala aduan, pertanyaan dan permasalahan yang dikemukakan masyarakat setempat.

Serombongan jawatankuasa PPBMDS diketuai oleh pengerusinya iaitu Mohd Harun Ramli kemudiannya mengadakan perjumpaan ringkas bersama Peter Hii dan Liew sambil mengemukakan memorandum yang pernah mereka utarakan sebelum ini.

Dalam memorandum itu, PPBMDS memohon supaya terminal bas sedia ada terus dikekalkan selain dinaiktaraf bagi mencantikkan persekitaran terminal termasuk membaiki sistem perparitannya.

PPBMDS juga turut memohon supaya bangunan kosong yang terbiar berdekatan dengan kawasan terminal tersebut dapat digunakan pengusaha-pengusaha bas mini untuk tujuan bas menunggu.

  • oleh
  • Advertisement