Anda di sini

Suspek penyeludup tong LPG diberkas dekat Sebatik

Advertisement
SUSPEK ditahan kerana membawa 25 tong LPG tanpa kebenaran.
SUSPEK ditahan kerana membawa 25 tong LPG tanpa kebenaran.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menangkap seorang suspek penyeludup tong gas petroleum cecair (LPG) di muara Sg Pukul Pulau Sebatik di sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata suspek, 28, ditahan kira-kira jam 3.45 petang kerana menjadi juragan bot laju dengan muatan 25 tong LPG.

“Rampasan keseluruhan bernilai lebih RM26, 000 termasuk bot laju dan enjin sangkut berkapasiti 40 kuasa kuda,” katanya, menerusi kenyataannya di sini pada Jumaat.

Nazri berkata pemeriksaan terhadap bot laju suspek oleh sepasukan PPM Tawau semasa menjalankan tugas Op Gelora yang membawa kepada penemuan tong-tong LPG terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek gagal menunjukkan dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Berikutan itu, suspek dan kesemua barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut kerana disyaki cuba menyeludup keluar barang kawalan,” katanya.

Menurutnya, langkah penahanan itu dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

  • oleh
  • Advertisement