Anda di sini

Fenomena Halo serikan Sambutan Hari Kebangsaan

Advertisement
ANTARA imej Halo yang disaksikan di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu pagi tadi.
ANTARA imej Halo yang disaksikan di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu pagi tadi.

KOTA KINABALU: Fenomena Halo menyerikan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Fenomena berlangsung selama kira-kira sejam itu dapat disaksikan oleh lebih 10 ribu pengunjung di Dataran Bandaraya, lokasi acara perarakan sambutan berkenaan.

Menurut pakar falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Profesor Datuk Dr Mohd Zamri Zainuddin, Halo merupakan fenomena biasa yang sering berlaku di negara ini.

"Halo merupakan lingkaran cahaya di keliling matahari atau bulan yang terjadi disebabkan oleh pantulan cahaya matahari melalui kristal-kristal ais yang terbentuk pada awan Cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.

"Apabila cahaya matahari terpantul dan terbias daripada kristal ais ini dalam bentuk prisma, serakan cahaya tersebut akan menyebabkan sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna.

"Ia adalah kesan daripada sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi," jelasnya ketika dihubungi pemberita.

Mohd Zambri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melihat cahaya berkenaan secara terus dalam tempoh masa lama kerana akan memberi kesan kepada mata.- Penerangan

Advertisement