Anda di sini

West Ham terselamat, Cardiff, Huddersfield dan Brighton tersingkir

Advertisement
 Pemain West Ham, Andriy Yarmolenko mengawal bola ketika beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga Inggeris menentang Wimbledon di Stadium Cherry Red Records, London Isnin lepas. — Gambar Reuters
AKSI MENDEBARKAN: Pemain West Ham, Andriy Yarmolenko mengawal bola ketika beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga Inggeris menentang Wimbledon di Stadium Cherry Red Records, London Isnin lepas. — Gambar Reuters

LONDON, England: West Ham United terselamat dari dimalukan oleh kelab Liga Satu, Wimbledon untuk mencipta kemenangan pertama sejak di bawah bimbingan Manuel Pellegrini, sekali gus melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Piala Liga Inggeris ketika tiga kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City, Huddersfield dan Brighton tersingkir Selasa lepas.

West Ham mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam liga musim ini walaupun Pellegrini, pengurus baharu kelab, membelanjakan hampir 100 juta pound untuk pemain baharu dan ketinggalan seawal minit kedua menerusi tandukan Joe Pigott di Kingsmeadow.

Tetapi Wimbledon kehilangan seorang pemain pada minit ke-18 apabila Rob McDonald dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan sebelum gol dalam separuh masa kedua dari Issa Diop, Angelo Ogbonna dan Javier Hernandez memastikan kemenangan 3-1 buat West Ham.

Permulaan buruk Cardiff pada musim sulung di Liga Perdana berterusan apabila tewas 1-3 kepada kelab Liga Kejuaraan, Norwich City.

Saido Berahino menjaringkan gol pertama sejak Februari 2016 untuk membantu Stoke ke pusingan 32 akhir kejohanan apabila menewaskan Huddersfield 2-0.

Leicester juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Fleetwood Town 4-0 dengan Rachid Ghezzal menjaringkan gol pertamanya untuk kelab.

Bournemouth, Fulham dan Wolves bagaimanapun meneruskan kemaraan selepas masing-masing menewaskan MK Dons, Exeter dan Sheffield Wednesday.

Crystal Palace memerlukan gol pertama Alexander Sorloth untuk menewaskan Swansea 1-0.

Pada perlawanan lain, kelab Derby, yang dibimbing bekas bintang tengah England, Frank Lampard, tewas 0-4 kepada Hull City sementara jurulatih Marcelo Bielsa merasai kekalahan pertama sebagai jurulatih Leeds apabila pasukannya tewas 0-2 kepada Preston dan Aston Villa tewas 0-1 kepada kelab Liga Satu, Burton Albion. — AFP

Advertisement