Anda di sini

Pemain bergelut harungi cuaca panas di Terbuka AS

Advertisement
 Reaksi Kvitova ketika menentang Wickmayer pada kejohanan tenis Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Isnin lepas. — Gambar AFP
KELETIHAN: Reaksi Kvitova ketika menentang Wickmayer pada kejohanan tenis Terbuka AS di New York, Amerika Syarikat Isnin lepas. — Gambar AFP

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Bagi Caroline Wozniacki, ia seperti “meminum margarita di pantai” tetapi bagi Alize Cornet, ia adalah “mimpi ngeri” ketika suhu mencecah sehingga 40 darjah Selsius pada kejohanan Terbuka AS Selasa lepas.

Empat dari lapan perlawanan pusingan pertama lelaki berakhir dengan pemain menarik diri. Suhu dijangka mencecah 38 darjah pada tengahari, kesannya diburukkan lagi dengan kelembapan tinggi.

Ia mungkin kurang dari rekod suhu 41 darjah pada 1936 tetapi ia sememangnya tidak menyenangkan buat pemain kelayakan dari Itali, Stefano Travaglia, yang menarik diri ketika ketinggalan 6-2, 2-6, 7-6(8/6) dan 3-0 ketika menentang Hubert Hurkacz dari Poland.

“(Suhu) Ia mencecah 36, 37 tetapi dalam gelanggang saya fikir lebih tinggi lagi,” kata pemain berusia 26 tahun yang menarik diri kerana kekejangan tetapi mengakui “masalah pertama adalah matahari (panas)”.

“Ada banyak kelembapan dan ia benar-benar sukar. Saya berharap pada kejohanan seterusnya, ia tidak begitu panas.

Cornet, pemain dari Perancis, menggambarkan keadaan sebagai “mimpi ngeri” ketika beliau tewas tiga set kepada Johanna Larsson dari Sweden.

Cornet, 28, tidak dapat menahan sebak ketika duduk tepi gelanggang, dengan memberitahu doktor di mana beliau mahu muntah dan berasa sakit di bahagian kepala dan tulang.

Cornet sudah melanggar kod etika kerana menukar pakaian dalam gelanggang selepas memakainya dengan salah semasa rehat agak lama yang dibenarkan penganjur sekiranya suhu melepasi paras 30 darjah.

Sebagai respon kepada cuaca, penganjur membenarkan bahagian lelaki untuk memilih rekod yang sama 10 minit pada set kedua.

“Pengadil kejohanan, bersama-sama pasukan perubatan, akan terus memantau keadaan apabila Polisi Kepanasan Melampau tidak lagi diguna pakai,” kata seorang jurucakap kejohanan.

Ia bagaimanapun terlalu lewat buat Travaglia, Leonardo Mayer dari Argentina dan Ricardas Berankis dari Lithuania serta Marius Copil dari Romania yang menarik diri pada perlawanan pusingan pertama.

Berankis menarik diri kerana cuaca panas, menurut pejabat pengadil sementara Copil mengalami ‘kecederaan di bahagian tangan”.

Copil mendahului 5-1 pada set pertama ketika  menentang Marin Cilic apabila menarik diri pada set ketiga.

Petra Kvitova bernasib baik menamatkan permainan dengan menewaskan Yanina Wickmayer 6-4 dan 6-1 sebelum sesi petang dengan suhu semakin naik.

“Saya agak bertuah kerana bermain lebih awal. Saya tahu cuaca sangat panas tetapi saya tidak dapat bayangkan ia seteruk ini,” kata Kvitova.

Cuaca panas sudah menjadi isu pada hari pertama kejohanan Isnin lepas apabila Stanislas Wawrinka, Kevin Anderson dan David Ferrer mendapatkan rehat perubatan.

Pemain remaja Kanada, Felix Auger-Aliassime, menarik diri ketika menentang rakan senegara Denis Shapovalov kerana kebimbangan akibat degupan jantung yang pantas.

Perkhidmatan cuaca AS berkata nasihat cuaca panas untuk New York masih dikekalkan sehingga malam Rabu.

“Kombinasi cuaca panas dan kelembapan tinggi mewujudkan satu situasi di mana kesakitan kerana suhu boleh berlaku.” — AFP

Advertisement