Anda di sini

Lelaki melecur, tiga rumah, dua kereta terbakar

Advertisement
KEADAAN di lokasi kejadian yang memusnahkan satu blok rumah 10 pintu, dua rumah tidak kekal dan dua kenderaan milik penduduk kampung.
KEADAAN di lokasi kejadian yang memusnahkan satu blok rumah 10 pintu, dua rumah tidak kekal dan dua kenderaan milik penduduk kampung.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki melecur di bahagian muka apabila menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah dan kereta di Kampung Bontoi Jalan Kokol Manggatal, di sini, petang Rabu.

Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Laupen Nuar berkata kejadian jam 4.11 petang itu membabitkan satu blok rumah 10 pintu dan dua rumah jenis tidak kekal seluas 100x100 kaki persegi.

"Kejadian bukan sahaja memusnahkan tiga rumah itu malah dua kenderaan mangsa yang tidak sempat diselamatkan juga turut terbakar," katanya.

Beliau berkata operasi pemadaman yang dilaksanakan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan BBP Kota Kinabal menggunakan sumber air dari jentera bomba.

ANGGOTA EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa lelaki yang melecur di bahagian muka.
ANGGOTA EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa lelaki yang melecur di bahagian muka.

Katanya api berjaya dikawal jam 5.10 petang dan seorang mangsa lelaki melecur di bahagian muka sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi kejadian.

"Tiada kematian dilaporkan dan operasi keseluruhan tamat jam 7 malam," katanya sambil menambah, punca kejadian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement