Anda di sini

Dua didakwa cuba seludup kayu gaharu

Advertisement
 Kedua-dua tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching, semalam.
DIDAKWA: Kedua-dua tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching, semalam.

KUCHING: Dua pencuri kayu gaharu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching semalam atas kesalahan mengambil kayu gaharu seberat 1.75 kilogram tanpa permit untuk tujuan diseludup ke Indonesia di bawah Seksyen 30(2) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Evy Liana Atang, dengan dibantu Pegawai Undang-Undang Ma Xiang Rui dari Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

Turut serta mendengar pertuduhan kes adalah Penolong Pengarah Hutan Kanan, Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan serta Jabatan Hutan Sarawak.

Kesalahan itu dilakukan oleh kedua-dua tertuduh, iaitu seorang warga tempatan dan seorang warga Indonesia, dengan mengambil kayu gaharu di kawasan Tubih, Serian pada 24 Ogos lalu, sekitar jam 3 pagi sebelum dibawa melalui Jalan Kampung Mongkos ke sempadan Kalimantan Barat, Indonesia.

Dipercayai gaharu itu akan dijual kepada pembeli di Indonesia dengan bayaran RM3,000.

Mereka kemudian ditahan oleh PGA Batalion 11 sekitar jam 5.30 pagi sebelum diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Hamden Mohammad mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya PGA dalam siri tangkapan tersebut.

Beliau juga memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang pelanggaran Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, Ordinan Hutan 2015 dan Ordinan Rizab Semulajadi dan Taman Negara 1998 demi menjaga kelestarian semula jadi di Sarawak.

Advertisement