Anda di sini

Penggunaan KK Sentral sempena acara perbarisan

Advertisement
KK Sentral
KK Sentral

KOTA KINABALU: Acara perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 akan berlangsung di Jalan Kemajuan dan Jalan Tun Fuad pada 31 Ogos ini (Jumaat).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, dalam satu kenyataan hari ini, berkata beberapa jalan raya terlibat dalam perbarisan itu.

"Antara yang terlibat adalah di Jalan KK Times Square dan Jalan Tun Fuad Stephens, bermula dari Bulatan Millenium, Jalan Kemajuan hingga ke persimpangan menuju ke Kompleks Centre Point.

"Sehubungan itu, kawasan letak kereta bertingkat KK Sentral dibuka untuk orang awam pada hari berkenaan, dari jam 5 pagi hingga 12 tengahari semasa acara perbarisan," katanya.

Untuk makluman tambahnya, tidak ada caj parkir dikenakan di kawasan tempat letak kereta bertingkat KK-Sentral pada masa-masa yang dinyatakan.

Advertisement