Anda di sini

MPS alih kenderaan terbiar

Advertisement
KAKITANGAN MPS memindahkan kenderaan terbiar dari tempat letak kereta awam.
KAKITANGAN MPS memindahkan kenderaan terbiar dari tempat letak kereta awam.

SANDAKAN: Beberapa kenderaan yang ditinggalkan terbiar di kawasan perindustrian ringan di Batu 3 di sini telah dialihkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong sebelum itu telah meminta kerjasama kakitangan MPS untuk memindahkan kenderaan terlibat kerana ia boleh menjejaskan persekitaran.

Selain itu katanya, bahagian belakang kenderaan yang bertakung air dilihat berisiko menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes.

"Berikutan itu, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana dalam masa yang sama ia boleh menjejaskan tempat letak kereta," katanya.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan kenderaan di tempat letak kereta awam, sekali gus perkara seumpama itu tidak berulang lagi.

  • oleh
  • Advertisement