Anda di sini

Pusat Perabot Liew Shin Huat adakan promosi besar-besaran

Advertisement
 Pelbagai perabot berjenama dan berkualiti tinggi ditawarkan pada harga promosi besar-besaran di Ekspo Perabot Liew Shin Huat di Boulevard, di Kuching.
JANGAN LEPAS PELUANG: Pelbagai perabot berjenama dan berkualiti tinggi ditawarkan pada harga promosi besar-besaran di Ekspo Perabot Liew Shin Huat di Boulevard, di Kuching.

KUCHING: Pusat Perabot Liew Shin Huat kini mengadakan promosi besar-besaran ke atas produk-produk terpilih daripada jenama terkemuka, sehingga 2 September depan.

Antaranya tilam jenama Goodnite yang menawarkan tiga siri tilam istimewanya iaitu ‘True Love’, ‘Forever Love’ dan ‘Eternal Love’ pada harga dari RM1699 ke atas.

Malah, dengan pembelian salah satu daripada tilam tersebut, pelanggan akan layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda HRV.

Manakala hadiah kedua ialah sebuah kereta Perodua Bezza dan hadiah ketiga telefon bimbit iPhone X, selain hadiah sagu hati berupa wang tunai RM500 kepada 50 pemenang.

Turut ditawarkan set sofa ‘full casa leather’ dengan rekaan terkini pada harga serendah RM3,688 berbanding harga asal lebih RM7,000.

Bagi yang mencari almari pakaian pula, ia juga boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga dari RM2,199 dan jika pembelian berserta dengan satu tilam Livorno, maka harga tilam ini akan dikurangkan kepada setengah harga.

Selain itu, promosi ‘beli satu percuma satu’ turut diadakan bagi pembelian tilam terpilih termasuk set tilam dan katil yang berharga RM999 berbanding harga asal RM2999.

Pada masa sama, anda juga boleh merebut barangan pada harga promosi hebat menerusi ‘happy hour’ yang diadakan setiap hari sehingga 2 September nanti, iaitu bermula jam 2 petang sehingga 9 malam.

Antara perabot yang boleh dapati ialah set meja bilik yang ditawarkan daripada harga asal RM199 kepada RM99, penyangkut baju RM88 (harga asal RM199) dan set meja taman (satu meja dan dua kerusi) RM299 (harga asal RM599).

Promosi perabot Liew Shin Huat ini kini boleh didapati di ekspo perabotnya yang diadakan di pusat beli-belah Boulevard (berhampiran Daiso) dan di premis yang terletak di Lot 27, Jalan Pisang dan Lot 219 Jalan Ellis di Kuching.

Advertisement