Anda di sini

Polis berkas anggota Geng Ramos

Advertisement
HABIBI (kiri) menunjukkan gambar maklumat mengenai ketua Geng Ramos yang masih dalam buruan polis.
HABIBI (kiri) menunjukkan gambar maklumat mengenai ketua Geng Ramos yang masih dalam buruan polis.

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas lima anggota Geng Ramos yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan pecah rumah sekitar bandaraya dan Inanam di sini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan kesemua suspek dibuat bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 24 Ogos lepas di sebuah stesen minyak dan beberapa premis sekitar Inanam.

Bagaimanapun katanya, ketua geng berkenaan Raimon Mawang, 27, yang juga dikenali sebagai Ramos masih dalam buruan polis.

"Kesemua suspek lelaki ini berumur dalam lingkungan 23 hingga 30 tahun dan ada antaranya yang memiliki rekod jenayah lampau.

"Kita percaya tangkapan ini juga membantu polis menyelesaikan 10 kes pecah rumah yang membabitkan kesemua suspek.

"Reman kesemua suspek tamat pada 28 Ogos 2018 dan reman berkenaan akan disambung untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini hari ini (Isnin).

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut tiga daripada suspek turut didapati positif dadah .

Habibi berkata, modus operansi Geng Ramos menumpukan rumah-rumah yang lama ditinggalkan dengan membuat tinjauan beberapa hari sebelum memecah masuk rumah mangsa.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah.

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai Ramos yang beralamat di Kampung Pulutan Menggatal supaya segera tampil membantu siasatan.

  • oleh
  • Advertisement