Anda di sini

SSN Sarawak kukuh cengkaman di singgahsana K-League 2018

Advertisement
 Penyerang SSN Sarawak, Mohd Faris cuba dihalang pemain UiTM Sarawak FC, Muhammad Adib (jersi biru) pada aksi K-League 2018 di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.
HALANG: Penyerang SSN Sarawak, Mohd Faris cuba dihalang pemain UiTM Sarawak FC, Muhammad Adib (jersi biru) pada aksi K-League 2018 di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

KUCHING: Skuad SSN Sarawak mengukuhkan cengkaman di persada liga K-League 2018 selepas membelasah UiTM Sarawak FC, 6-1 pada perlawanan berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Ia merupakan kemenangan kedua skuad kendalian Helearn Wilfred selepas kemenangan 3-0 ke atas Rzurf Excellent pada perlawanan pertama minggu lalu.

Meskipun ketinggalan dengan jaringan pembukaan penyerang UiTM pada babak pertama, pemain SSN Sarawak tidak panik dan berjaya bangkit menyumbat enam gol sekali gus mengesahkan tiga mata penuh menjadi milik mereka.

Turut meneruskan kemaraan KSK Satok tidak berdepan masalah menjinakkan Enraz FC dengan jaringan 2-0 dalam satu lagi perlawanan berlangsung di Padang D, Petra Jaya di sini.

Hari ini, satu lagi perlawanan menarik berlangsung melibatkan Axis FC menentang Rzurf Excellent di Stadium Sarawak, Petra Jaya bermula jam 4.15 petang.

Orang ramai dipelawa datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan tersebut.

Advertisement