Anda di sini

Sekurang-kurangnya 18 maut dalam kebakaran hotel di China

Advertisement
 Pemandangan sebuah hotel selepas kebakaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang di Harbin, ibu kota wilayah timur laut Heilongjiang, semalam. — Gambar AFP
MUSNAH: Pemandangan sebuah hotel selepas kebakaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang di Harbin, ibu kota wilayah timur laut Heilongjiang, semalam. — Gambar AFP

BEIJING: Kebakaran pada awal semalam di sebuah hotel di China telah mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang, menurut kiraan kematian awal yang diberikan oleh media kerajaan.

Insiden itu bermula pada waktu malam di hotel berkenaan di Harbin, ibu kota wilayah timur laut Heilongjiang, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

“Pada 10.50 pagi (0250 GMT) 18 orang sudah disahkan mati. Operasi menyelamat masih dijalankan,” kata agensi itu dalam satu laporan, yang memetik maklumat daripada anggota bomba tempatan.

“Siasatan untuk mengetahui punca kebakaran sedang dijalankan,” ujarnya tanpa memberi maklumat lanjut.

Kebakaran hotel biasa berlaku di China, di mana peraturan keselamatan api diabaikan secara rutin.

Pada April lalu, 18 maut dan lima lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pusat karaoke di selatan negara.

Pada November tahun lepas, kebakaran mengorbankan 19 orang dan mencederakan lapan lagi di sebuah rumah tumpangan di Beijing.

Pada Mei 2015, 38 orang dijumpai mati dalam kebakaran di sebuah rumah persaraan dalam wilayah tengah Henan. — AFP

Advertisement