Anda di sini

K'jaan pastikan Semporna kekal destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa

Advertisement
SHAFIE (duduk, kiri) meneliti masalah yang dihadapi salah seorang penduduk pada Khamis. Turut kelihatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick (duduk, dua kiri).
SHAFIE (duduk, kiri) meneliti masalah yang dihadapi salah seorang penduduk pada Khamis. Turut kelihatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick (duduk, dua kiri).

SEMPORNA: Kerajaan negeri akan terus memastikan kebersihan daerah ini dijaga dengan baik dalam usaha mengekalkannya sebagai salah satu destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tidak dinafikan masalah sampah di daerah ini sudah berlarutan sekian lama, tetapi kerajaan akan berusaha untuk mengatasi perkara itu.

"Kita akan memberikan pendidikan kepada masyarakat di sini bermula daripada pembuang sampah...kalau sediakan peralatan, seribu tukang sapu pun tidak cukup untuk mengatasi masalah ini.

"Kita perlu kumpulkan sekali masalah ini...satu daripada sumber ialah siapa tukang buang sampah. Kita akan didik dan bimbing mereka sediakan tong sampah serta jangan buang sampah di merata tempat," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Hari Bersama Ketua Menteri, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga sudah mengenal pasti dua tempat untuk dijadikan kawasan pelupusan sisa pepejal di sini.

Katanya, pendidikan seumpamanya perlu dibimbing bermula di peringkat sekolah. Semua pemimpin peringkat akar umbi juga perlu menasihatkan orang kampung agar tidak membuang sampah merata tempat.

Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kerajaan baharu mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PTI) di sini.

"Mana ada...kita hanya bantu yang mana ada salah seorang daripada suami atau isteri orang tempatan, ada suami orang asing dan isteri orang tempatan...suami tinggalkan dia jadi anak-anak dia tiada dokumen.

"Untuk atasi ini, kita serahkan masalah ini kepada pendaftaran. Kita ada undang-undang, bukan kita terus keluarkan IC. Itu tidak bertanggungjawab. Mereka itu adalah rakyat Malaysia, orang Sabah yang ada hak dan dilahirkan di sini," katanya.

Menurutnya, ketika pertemuan bersama rakyat pada majlis itu, terdapat penduduk yang ada masalah surat nikah disebabkan kampung tidak mempunyai imam bertauliah untuk menikahkan mereka.

Katanya, keadaan itu menjadi masalah kepada anak-anak mereka apabila mahu mendapatkan kad pengenalan nanti.

Shafie berkata, khabar angin bahawa wujudnya perkara itu ketika berlakunya kebakaran di kawasan setinggan adalah tidak benar.

"Bukan kita buat kebakaran, mana saya mahu rumah-rumah penduduk terbakar...saya pun susah hati bila rumah mereka terbakar (kerana) mereka minta rumah sama saya.

"Secara kebetulan kampung itu terbakar, bukan saya yang buat tapi kebetulan...ada IC terbakar dan mungkin ada PTI...bukan kita boleh bagi IC sebab rumah terbakar, itu bukan undang-undang.

"Kita tidak beri kepada PTI kalau rumah mereka terbakar," katanya.

  • oleh
  • Advertisement