Anda di sini

10 menteri tawar letak jawatan

Advertisement
 Dutton (belakang kiri) ketika menghadiri          persidangan di Dewan Perwakilan di Rumah Parlimen Canberra, Australia semalam. — Gambar Mark Graham/AFP
LETAK JAWATAN: Dutton (belakang kiri) ketika menghadiri persidangan di Dewan Perwakilan di Rumah Parlimen Canberra, Australia semalam. — Gambar Mark Graham/AFP

SYDNEY: Sekurang-kurangnya 10 menteri telah menawarkan peletakan jawatan mereka manakala krisis kepimpinan dalam politik Australia merun-cing semalam, dan satu lagi cabaran kepada Perdana Menteri Malcolm Turnbull dijangka tidak dapat di-elakkan.

Pemimpin yang tertekan itu berjaya mengatasi de-ngan tipis satu langkah untuk menggulingkannya oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang populis Peter Dutton kelmarin apabila undian dalam Parti Liberal memberikan keputusan 48-35 yang memihak kepadanya.

Ia mencapai kemuncak selepas tinjauan pendapat yang buruk selama berbulan-bulan serta pemberontakan oleh ahli politik lain dalam Parti Liberal pada Isnin lepas yang menentang rancangannya untuk memasukkan sasaran pengeluaran karbon ke dalam undang-undang pada waktu harga elektrik melambung tinggi.

Walaupun Turnbull menang, ia mendedahkan bahawa puluhan ahli parlimennya sendiri tidak mahu beliau menjadi pemimpin mereka, dan Dutton membuat panggilan telefon dan berucap di corong radio semalam untuk mendapatkan lebih banyak sokongan bagi satu lagi cubaan yang dijangka ramai untuk merampas jawatan tertinggi.

Dutton meletak jawatan dari kabinet selepas cubaannya yang gagal untuk menjadi pemimpin, dan sekurang-kurangnya sembilan menteri lain turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, me-nurut satu kiraan oleh badan penyiaran ABC dan Sky News.

Mereka termasuk menteri kesihatan dan menteri per-dagangan, kedua-duanya ahli-ahli yang duduk di bangku depan.

Turnbull setakat ini sudah menerima dua peletakan jawatan – Dutton dan Menteri Pembangunan Antarabangsa Concetta Fierravanti-Wells – dan menegaskan semalam menteri lain sejak itu “sudah memberikan kepada saya ja-minan yang jelas bagi kesetiaan dan sokongan berterusan”.

Namun didorong oleh sokongan kepadanya, Dutton, yang dilihat sebagai seorang ahli konservatif yang lebih berpendirian keras berbanding Turnbull yang sederhana, berusaha untuk melembutkan persepsi mengenai imej lelaki lasak yang diperolehi ketika menjadi menteri hal ehwal dalam negeri dan imigresen, dalam temu ramah media di mana beliau menggariskan agenda dasarnya.

Bekas pegawai polis itu, yang mengakui beliau jarang sekali senyum, tidak me-rahsiakan hasrat masih mahu mentadbir negara.

“Saya bercakap kepada rakan-rakan, saya tidak akan berselindung mengenai per-kara itu, kawan,” katanya kepada stesen radio komersil 3AW untuk sekali lagi cuba menyingkirkan Turnbull.

“Itu bersikap sangat jujur dan berterus-terang dengan anda dan itulah cara saya melihatnya.”

Beliau menambah beliau berpendapat beliau dapat memenangi pilihan raya – yang dijadual diadakan pada pertengahan tahun depan – sebagai pemimpin menentang ketua pembangkang Buruh Bill Shorten.

“Saya tidak akan bertanding untuk jawatan kepimpinan jika saya tidak percaya bahawa saya tidak dapat menewaskan Bill Shorten,” ujar pemimpin berusia 47 tahun itu.

Jika beliau menjadi perdana menteri, Dutton berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha menurunkan harga elektrik, me-ngurangkan imigresen untuk meredakan tekanan populasi dan merangsang pelaburan air untuk membantu petani yang mengalami kemarau.

Beberapa saluran media meramalkan satu lagi cabaran seawal minggu ini tetapi penyokong Dutton membayangkan ia kemungkinan besar pada bulan depan selepas parlimen kembali dari waktu rehat.

Turnbull bersemuka de-ngan media di sisi Bendahara Scott Morrison dan Menteri Kewangan Mathias Cormann, rakan karib Dutton, dan kedua-duanya menjanjikan kesetiaan mereka.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan satu lagi caba-ran kepada kepimpinannya pada minggu ini, Turnbull, yang telah merayu bagi perpaduan parti, menjawab: “Tidak.”

“Hukum besi kira-kira mengesahkan kepimpinan saya dalam Parti Liberal,” ujarnya.

Memburukkan lagi per-kara adalah laporan bahawa sekurang-kurangnya tiga MP Nasional – yang meng-anggotai perikatan dengan ahli Liberal – tidak lagi menjamin untuk mengundi dengan kerajaan jika Dutton merampas kuasa.

Memandangkan kerajaan hanya memiliki majoriti parlimen tipis iaitu satu kerusi, ini boleh mencetuskan pilihan raya awal. — AFP

Advertisement