Anda di sini

Tiada Ronaldo, tiada Zidane, tidak jejaskan rentak Real

Advertisement
 Bale (tengah) melepaskan rembatan melepasi kekangan dua pemain pertahanan Getafe ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid Ahad lepas. — Gambar AFP
SANDARAN REAL: Bale (tengah) melepaskan rembatan melepasi kekangan dua pemain pertahanan Getafe ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid Ahad lepas. — Gambar AFP

MADRID, Sepanyol: Real Madrid memulakan kempen La Liga Sepanyol 2018/2019 dengan kemenangan apabila menewaskan Getafe 2-0 pada perlawanan pertama liga mereka sejak perpindahan bintang utama, Cristiano Ronaldo dan jurulatih Zinedine Zidane.

Real Madrid mengutip tiga mata penuh di Santiago Bernabeu menerusi gol Dani Carvajal pada minit ke-20 dan Gareth Bale pada minit ke-51.

Keylor Navas mengekalkan tempat sebagai penjaga gol dalam kesebelasan utama walaupun Real Madrid membeli Thibaut Courtois dari Chelsea pada musim panas ini.

Navas sudah menjadi penjaga gol nombor satu Real sejak 2015 tetapi dijangka akan memberi ruang kepada Courtois, yang dibeli dengan nilai 35 juta euro dari Chelsea.

Jurulatih Real, Julen Lopetegui, yang menggantikan tempat Zidane, juga menurunkan Nacho di pertahanan tengah berbanding Raphael Varane.

Real, yang bermain perlawanan liga yang pertama sejak perpindahan Ronaldo ke Juventus, memulakan perlawanan dengan kekalahan 2-4 kepada Atletico Madrid pada aksi Piala Super Eropah pada pertengahan minggu.

Tetapi mereka tidak kelihatan dicabar Ahad lepas dengan Bale tidak bernasib baik membuka jaringan lebih awal apabila rembatannya terkena palang sebelum beliau memainkan peranan penting menghasilkan gol pembukaan Carvajal.

Bale menjaringkan gol kedua dalam separuh masa kedua. — AFP

Advertisement