Anda di sini

Pesawat China tergelincir di lapangan terbang Manila berjaya dialihkan

Advertisement
 Beberapa pekerja cuba mengalihkan Xiamen Air Boeing 737-800 selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila di Filipina kelmarin. — Gambar Reuters
TIADA KEMALANGAN JIWA: Beberapa pekerja cuba mengalihkan Xiamen Air Boeing 737-800 selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila di Filipina kelmarin. — Gambar Reuters

MANILA: Sebuah pesawat China yang tergelincir dari landasan di lapangan terbang Manila telah dialihkan dari kawasan berlumpur di mana ia telah terkandas selama lebih dari sehari, menurut pihak berkuasa, membenarkan operasi seperti biasa diteruskan semalam.

Kira-kira 165 pesawat antarabangsa dan tempatan telah dibatalkan kelmarin dan semalam di lapangan terbang utama di ibu negara Filipina, menurut pegawai media lapangan terbang Connie Bungag.

Pesawat Xiamen Airlines telah mendarat semasa cubaan keduanya sebelum terbabas ke atas rumput, menyebabkan enjin kirinya tercabut dan menghalang laluan pada lewat petang Khamis.

Seramai 157 penumpang dan lapan kru di dalam pesawat telah berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan besar.

Memindahkan pesawat adalah sukar akibat hujan lebat yang melembutkan tanah, menjadikan ia sukar bagi meletakkan dua kren yang diperlukan bagi mengangkat pesawat tersebut, menurut pihak berkuasa.

Pada tengah hari semalam, beberapa penerbangan telah meneruskan jadual asal mereka, namun beberapa penumpang tidak berpuas hati dengan kepantasan operasi pemulihan.

“Akhirnya,” menurut seorang pemerhati yang tidak berpuas hati. “Itu adalah satu rekod selama 36 jam.”

Jurucakap Civil Aviation Authority of the Philippines, Eric Apolonio menyatakan  pihak penyiasat telah menemui kotak hitam pesawat dan perakam data penerbangan serta akan mengarahkan pada minggu depan kepada juruterbang untuk mencari punca kemalangan.

Lapangan terbang itu akan menjadualkan penerbangan khas selepas tengah malam bagi menggantikan sebahagian dari penerbangan yang telah dibatalkan sebelum itu, Bungag memberitahu AFP. — AFP

Advertisement