Anda di sini

Majoriti rakyat gembira dengan kerajaan baharu

Advertisement
CHRISTINA percaya majoriti rakyat di negara ini gembira dengan Kerajaan Baharu.
CHRISTINA percaya majoriti rakyat di negara ini gembira dengan Kerajaan Baharu.

TAWAU: Pengerusi PKR Sabah Christina Liew menyifatkan tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Malaysia Baharu Pakatan Harapan (PH) berada di tahap positif.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata keyakinannya mengikut kaji selidik Merdeka Centre yang mendapati tahap kepuasan hati rakyat kepada kerajaan adalah 67 peratus.

“Peratusan ini menunjukkan bahawa majoriti rakyat di negara ini gembira dengan Kerajaan PH menjelang 100 hari kerajaan baharu dibentuk,” katanya.

Christina berkata majoriti rakyat yang berpuas hati itu adalah penanda aras yang penting sekalipun ada rakyat yang tidak memberikan komen dan berada di atas pagar.

Menurutnya, kerajaan baharu memerlukan lebih banyak masa dan beliau yakin angka rakyat yang berpuas hati dengan kerajaan baharu akan bertambah dari masa ke semasa.

“Kita menghargai rakyat di negara ini kerana memahami dan memberikan masa kepada kepada kerajaan untuk menunaikan janji,” katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan PH dan Kerajaan Negeri Warisan + PH + UPKO tidak pernah berhenti bekerja dalam usaha menunaikan manifesto pilihanraya mereka.

Ahli Parlimen Tawau itu berkata tempoh 100 hari pemerintahan berlaku dengan pantas dan kerajaan perlu berlumba dengan masa ketika masih banyak perkara perlu dilakukan.
 
“Saya akui belum semuanya kita dapat tunaikan tetapi kita sedang bekerja keras, beri kami lebih masa lagi dan kita yakin mampu melakukannya,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement