Anda di sini

Sambutan Hari Kebangsaan jadi tarikan pelancong

Advertisement
SIMBOLIK perasmian dengan melepaskan burung dari sangkar.
SIMBOLIK perasmian dengan melepaskan burung dari sangkar.

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan mampu menjadi tarikan pelancong agar lebih ramai mengetahui sejarah, warisan dan budaya rakyat Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, organisasi dalam industri pelancongan perlu bersama-sama menyertai dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

Katanya, industri pelancongan di Sabah memainkan peranan penting dalam mempromosikan negara kepada dunia luar.

Justeru jelasnya, melalui sambutan Hari Kebangsaan bukan sahaja rakyat dapat meraikannya malah, para pelancong yang datang turut sama menikmati kemeriahan sambutan berkenaan.

"Bulan Ogos adalah Bulan Kebangsaan yang semestinya diisi dengan program berbentuk patriotik dan kenegaraan bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara.

"Sempena Hari Kebangsaan, kita hendalah meletakkan jiwa dan raga kita pada kecintaan terhadap negara.

"Pupuk keharmonian dan jangan ada pertelingkahan ataupun pergaduhan antara satu sama lain biarpun berbeza budaya dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Sutera Harbour Resort di sini hari ini.

Majlis berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 600 tetamu dari pelbagai peringkat termasuklah kakitangan jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Shafie turut memberi tabik hormat kepada kontinjen perbarisan pasukan keselamatan seterusnya melaungkan 'Merdeka' dengan sambutan sorakan penuh semangat daripada pengunjung.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew, Pengerusi Eksekutif Sutera Harbour Resort Datuk Sam Goi dan Ketua Kumpulan Pegawai eksekutif Sutera Harbour Resort Gilbert Ee.

  • oleh
  • Advertisement