Anda di sini

Hari Peringatan Sandakan pada 15 Ogos mendekatkan lagi Australia dan Sabah

Advertisement
 Sebahagian anggota keluarga Tentera Australia dan British meletakkan kalungan bunga di Tugu Taman Peringatan Sandakan pada Majlis Hari Memper- ingati Sandakan di Sandakan semalam. — Gambar Bernama
PENGHORMATAN: Sebahagian anggota keluarga Tentera Australia dan British meletakkan kalungan bunga di Tugu Taman Peringatan Sandakan pada Majlis Hari Memper- ingati Sandakan di Sandakan semalam. — Gambar Bernama

SANDAKAN: Upacara Hari Peringatan Sandakan yang disambut pada 15 Ogos terus mendekatkan lagi Australia dan Sabah.

Upacara tahunan itu yang diadakan untuk memperingati jasa lebih 2,400 tahanan perang (POW) warga Australia dan British yang terkorban semasa dikurung di Kem Sandakan dan semasa perjalanan maut ke Ranau pada 1945 semasa Perang Dunia Kedua.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, upacara peringatan itu diadakan setiap tahun atas inisiatif Majlis Perbandaran Sandakan dan Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Office of the Australian War Graves.

“Saya berbesar hati bahawa setiap orang di sini sanggup meluangkan masa daripada rutin harian mereka untuk menghadiri upacara ini. Tahun ini genap 73 tahun ber-akhirnya perang pada 1945, dan kita berkumpul di sini untuk memperingati tentera Australia yang gugur pada tarikh amat penting ini.

“Di sinilah di Sandakan, tempat sesetengah daripada tahanan perang ini gugur dan penduduk setempat mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tentera bersekutu, bermula dari sini dan sepanjang perjalanan ke Ranau, lebih 200 kilometer jauhnya,” katanya pada upacara Hari Peringatan Sandakan, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca-kan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Arifin Asgali.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Andrew Goledzinowski, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia Vicki Treadell dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain.

Mohd Shafie berkata: “Mari kita beri penghormatan kepada mereka sebagai wira kita kerana tindakan berani mereka telah memberikan kita keamanan dan kedamaian yang kita nikmati sekarang”.

Beliau berkata, keamanan ini sering terlepas pandang dan diambil mudah oleh gene-rasi sekarang. — Bernama

Advertisement