Anda di sini

Seekor lagi gajah ditemukan mati

Advertisement
CHRISTINA (tengah) ketika sidang media hari ini.
CHRISTINA (tengah) ketika sidang media hari ini.

KOTA KINABALU: Satu lagi gajah ditemukan mati terapung di Sungai Kinabatangan menjadikan jumlah kematian haiwan itu yang ke-11 bagi tahun 2018.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, bangkai haiwan itu ditemukan oleh sekumpulan pelancong yang datang melihat hidupan liar di Pangi, Sukau Kinabatangan.

"Mereka yang menaiki bot pelancong ternampak bangkai gajah itu terapung kira-kira jam 6 petang 13 Ogos lalu.

"Bangkai itu kemudian diikat di tepi sungai bagi mengelak daripada hanyut ke muara sungai dan seterusnya ke laut," katanya pada sidang media selepas sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu bot pelancong kemudian melaporkan kejadian itu kepada kakitangan Jabatan Hidupan Liar Kinabatangan.

Katanya, bangkai gajah kemudian dinaikan ke darat menggunakan jentera seterusnya post mortem dilakukan oleh Veteriner Jabatan Hidupan Liar Dr Nabila Sarkawi.

"Pemeriksaan awal mendapati jantina gajah adalah jantan berumur antara dua sehingga tiga tahun.

"Punca kematian masih dalam siasatan dan saya ingin jabatan ini menyiasat kes seumpamanya bersungguh-sungguh," katanya.

Selain itu katanya, seekor gajah cedera turut ditemukan disebabkan terperangkap di kawasan yang sama.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menyatakan rasa sedih atas kejadian itu dan mahukan punca kematian diketahui segera.

  • oleh
  • Advertisement