Anda di sini

Serangan pengganas membelenggu Jordan

Advertisement
 Pasukan keselamatan berkumpul dengan bangunan separuh ranap yang menjadi sarang persembunyian suspek di Salt, semalam. — Gambar Reuters
KEGANASAN: Pasukan keselamatan berkumpul dengan bangunan separuh ranap yang menjadi sarang persembunyian suspek di Salt, semalam. — Gambar Reuters

AMMAN: Penyerang bersenjata membunuh tiga anggota pasukan keselamatan Jordan dalam kejadian tembak-menembak kelmarin semasa satu serbuan ke atas sarang kumpulan pengganas sehari selepas seorang pegawai maut dalam letupan bom yang jarang berlaku, menurut jurucakap kerajaan.

Kejadian tembak-menembak di bandar Salt, barat laut bandar utama Amman, muncul selepas sebutir bom buatan sendiri meletup Jumaat lepas di bawah sebuah kereta peronda semasa festival muzik mengorbankan seorang anggota keselamatan dan mencederakan enam lagi.

Letupan yang jarang berlaku itu mengenai peronda keselamatan di Al-Fuhais, 12 kilometer di barat ibu negara pada petang Jumaat, menurut kementerian dalam negeri kelmarin.

“Ia telah membunuh Sarjan Ali Adnan Qawqaza dan mencederakan enam anggota peronda yang lain,” menurut kementerian sambil menambah satu siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca letupan.

Pasukan keselamatan dikerah melindungi festival tahunan di pekan tersebut yang menjadi tuan rumah acara muzik Arab terkenal.

Lewat kelmarin, pasukan keselamatan menyerbu sebuah rumah di Salt mencari kumpulan pengganas yang disyaki dalang pengeboman Jumaat lepas, menurut jurucakap kerajaan Jumana Ghneimat.

“Suspek menolak untuk menyerah diri dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pasukan keselamatan,” kata Ghneimat.

Suspek turut meletupkan bangunan persembunyian mereka yang telah dipasang dengan jerangkap samar sebelum itu, kata beliau, sambil menambah bahawa sebahagian bangunan itu roboh semasa serangan.

Tiga anggota pasukan keselamatan terkorban dalam kejadian tembakan dan beberapa orang lagi, termasuk orang awam, tercedera, menurut Ghneimat, yang juga menteri hal ehwal media.

Ghneimat tidak memberikan maklumat namun media tempatan Jordan, memetik sumber perubatan di Salt, menyatakan kitra-kira 20 orang telah tercedera dalam operasi tersebut.

Pasukan keselamatan kemudian telah menahan tiga suspek, menurut beliau, sambil menambah bahawa operasi di Salt masih“berjalan.

Salt terletak beberapa kilometer di utara Al-Fuhais,sebuah pekan yang mempunyai kebanyakan penduduk Kristian.

Ghneimat meyatakan bahawa pasukan keselamatan telah menyerbu rumah di Salt selepas menerima satu maklumat.

Terdapat tiada pengakuan bertanggungjawab segera bagi letupan bom Jumaat lepas dan identiti suspek di Salt juga masih belum dikenali.

Jordan telah memainkan satu peranan penting dalam pakatan yang diketuai oleh AS menentang kumpulan Islamic State di negara jiran Syria dan Iraq,menggunakan pasukan tentera udaranya menentang pejuag jihad dan membenarkan pasukan tentera pakatan agar menggunakan pangkalannya.

Kerajaan telah dilanda oleh satu rangkaian serangan jihad pada 2016, termasuk satu pengeboman nekad pada June yang mengorbankan tujuh orang pengawal berhampiran sempadan dengan Syria yang telah diakui oleh IS.

Beberapa bulan kemudian pada Disemebr satu serangan tembakan, yang turut diakui oleh IS, telah membunuh 10 orang termasuk seorang pelancong Kanada.

Kelmarin Perdana Menteri Omar al-Razzaz berjanji Jordan tidak akan puas memburu pengganas.

“Jordan akan sering berada di barisan hadapan dalam perjuangan menentang keganasan dan idea berbahaya yang menyasarkan nyawa orang yang tidak bersalah serta cuba mengganggu keselamatan dan kestabilan,” jelas beliau dalam kenyataan yang disiarkan Petra.

Menurut kementerian dalam negeri, bom yang ditanam di bawah kereta peronda di Al-Fuhais adalah buatan sendiri.

“Tindakan pengecut ini tidak akan menghalang pasukan keselamatan namun memperkukuhkan usaha mereka untuk melakukan tugas mulia mereka dalam mengekalkan keselamatan rakyat,” menurut kementerian awal kelmarin.

Satu laporan awal Petra lewat Jumaat menyatakan letupan berpunca daripada sebiji grenad gas pemedih mata yang meletup. — AFP

Advertisement