Anda di sini

Presiden Colombia gesa gerila ELN bebaskan tebusan

Advertisement
DUQUE
DUQUE

BOGOTA: Presiden Colombia Ivan Duque memberikan amaran kepada pihak gerila ELN kelmarin bahawa mereka harus membebaskan sembilan tebusan yang ditangkap pada 10 hari sebelumnya sekiranya mereka ingin untuk meneruskan rundingan damai yang dirancangkan oleh pemimpin sebelum beliau Juan Manuel Santos.

Tiga anggota polis dan empat anggota tentera adalah di antara tebusan yang ditawan oleh pihak gerila Marxis dalam dua insiden berasingan, satu pada minggu lepas dan satu lagi pada Rabu lepas.

“Mesej hanya satu sahaja dan sangat jelas: sekiranya pihak ELN benar-benar mempunyai keinginan untuk memberhentikan kerahan, menyerahkan senjata dan menyertai (masyarakat awam) ia harus membebaskan tebusan dengan segera dan tanpa syarat,” kata Duque, yang hanya memegang kuasa pada Selasa lepas selepas memenangi pilihan raya pada Jun.

Duque, bercakap dari sebuah pekan sempadan berhampiran dengan Ecuador terkenal dengan keganasan pengedaran dadah dan keadaan tidak selamat, menyatakan beliau tidak akan menerima ELN menggunakan penculikan sebagai satu taktik untuk “menggertak dan memeras ugut” kerajaannya dalam rundingan damai.

Pada minggu lepas, ELN telah menawarkan untuk membebaskan enam tebusan yang ditangkapnya namun menuntut agar menghentikan operasi ketenteraan terlebih dahulu di barat laut daerah Choco.

Bagaimanapun, tiga anggota tentera yang tidak bertugas telah diculik pada Rabu lepas berhampiran sempadan dengan Venezuela, dan pihak tentera segera menuding jari terhadap ELN.

ELN, atau Tentera Pembebasan Nasional, mempunyai kira-kira 1,500 orang gerila dan kumpulan bersenjata terakhir yang diketahui sebagai menentang pasukan tentera kerajaan di Colombia, selepas perjanjian damai 2016 yang ditandatangani dengan pemberontak sayap kiri FARC.

Kumpulan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin menyatakan ia  telah berhubung dengan pihak Palang Merah Antarabangsa bagi mengatur “pembebasan segera pasukan bersenjata dan orang awam.”

Bagaimanapun, ia menuntut pelbagai jaminan, termasuk satu “perjanjian bagi protokol yang sejajar dengan sebuah suruhanjaya kemanusiaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”

ELN turut menyatakan pihak tentera tidak meletakkan nyawa tebusan dalam bahaya dengan meneruskan operasi antipemberontaknya.

Pada minggu lepas, Santos mengakui telah putus harapan dalam usahanya untuk menandatangani satu gencatan senjata dengan ELN sebelum menyerahkan kuasa kepada Duque.

Presiden baharu itu telah berjanji akan bersikap lebih tegas terhadap rundingan yang dilakukan oleh Cuba dengan kumpulan pemberontak, termasuk satu permintaan bagi “penangguhan terhadap aktiviti jenayahnya.” — AFP

Advertisement