Anda di sini

Diplomat Czech bantu bebas dua rakyat Eropah dari penjara Syria

Advertisement
 Gambar serahan Agensi Berita Arab Syria (SANA) kelmarin menunjukkan Menteri Luar Syria Walid al-Muallem (tengah) bertemu dengan Hamacek (kiri) di pejabatnya di Damsyik, Syria. — Gambar AFP
PERTEMUAN MESRA: Gambar serahan Agensi Berita Arab Syria (SANA) kelmarin menunjukkan Menteri Luar Syria Walid al-Muallem (tengah) bertemu dengan Hamacek (kiri) di pejabatnya di Damsyik, Syria. — Gambar AFP

PRAGUE: Dua pekerja kemanusiaan termasuk seorang rakyat Jerman mendarat di Prague kelmarin selepas pembebasan mereka dari sebuah penjara Syria yang diuruskan melalui rundingan oleh diplomat Czech, kata seorang menteri.

“Kami baharu sahaja balik dari satu penerbangan kemanusiaan ke Damsyik di mana kami mengambil dua pekerja sebuah organisasi kemanusiaan Jerman yang telah ditahan di kawasan Syria,” timbalan perdana menteri Jan Hamacek memberitahu wartawan di lapangan terbang Prague.

Beliau menambah bahawa pembebasan telah dirun-dingkan oleh kedutaan Czech di Damsyik – satu-satunya misi diplomatik bagi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) di negara yang dilanda peperangan itu.

“Selepas ditahan, dua pekerja telah dibawa ke Damsyik... dan dikurung di dalam salah satu penjara paling sukar di Syria,” kata Hamacek.

Namun beliau menambah bahawa pemeriksaan per-ubatan sebelum penerbangan menunjukkan tiada masalah kesihatan yang serius walaupun “penderitaan mereka meninggalkan parut”.

Hamacek, yang bertanggungjawab buat sementara waktu bagi hal ehwal asing Czech, berkata rundingan mengenai pembebasan telah mengambil masa selama beberapa minggu namun menolak untuk memberi maklumat mengenai taha-nan.

Christoph Israng, seorang duta Jerman ke Prague, berkata kepulangan dua pekerja itu “tidak mungkin berlaku tanpa bantuan segera dan tanpa birokratik daripada rakan-rakan kami.” — AFP

Advertisement