Anda di sini

22 jemaah haji berlepas dari LTS

Advertisement

SIBU: Seramai 22 jemaah haji dari Kabong, Belawai, Nyabor (Roban), Tanjung Manis dan Sarikei berlepas dari Lapangan Terbang Sibu (LTS), kelmarin.

Jemaah berkenaan dihantar Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie.

Semua jemaah berkenaan menaiki penerbangan dari Sibu ke Kuching pada jam 11.45 pagi. Dari Kuching, mereka akan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke tanah suci Mekah.

Ibadah haji adalah ibadah tahunan umat Islam di Mekah, kota paling suci bagi umat Islam dan bagi umat Islam mereka mesti menunaikan ibadah tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup

Justeru, semua umat Islam dewasa yang sihat fizikal dan mampu menunaikan ibadah tersebut digalakkan menunaikannya.

Ia adalah salah satu daripada lima Rukun Islam, selain me-ngucap dua kalimah syahadah, solat fardu lima waktu, menunaikan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Advertisement