Anda di sini

Kekacauan semasa rali anjuran radikal kanan AS

Advertisement
 Seorang penunjuk perasaan penentang melontar balik kanister gas pemedih mata ke arah polis semasa rali kumpulan Patriot Prayer di Portland, Oregon kelmarin. — Gambar Reuters
BANTAHAN: Seorang penunjuk perasaan penentang melontar balik kanister gas pemedih mata ke arah polis semasa rali kumpulan Patriot Prayer di Portland, Oregon kelmarin. — Gambar Reuters

PORTLAND: Pihak polis menyatakan para aktivis melontar batu dan botol semasa rali anjuran dua kumpulan haluan kanan radikal di Portland kelmarin yang telah mencetuskan tunjuk perasaan balas dan menimbulkan kebimbangan berulangnya bantahan berdarah pada tahun lepas ‘Unite the Right’ di Charlottesville, Virginia.

Pihak polis di wilayah barat bandar terbesar Oregon menyatakan benda dilontar ke arah pihak berkuasa dan mengarahkan mereka di kawasan itu segera bersurai, menyatakan kegagalan untuk mematuhi arahan ini mungkin menyebabkan penahanan atau saman, serta mungkin mendedahkan anda kepada penggunaan agen atau senjata kawalan rusuhan.

Rakaman rali yang menarik beratus-ratus orang itu menunjukkan kepulan asap dan kehadiran ramai anggota polis di bandar yang mempunyai kira-kira 640,000 penduduk itu.

Patriot Prayer dan Proud Boys, kumpulan sayap kanan radikal yang dikaitkan dengan keganasan semasa rali Portland sebelum ini, berarak di Tom McCall Waterfront Park di bandar ini bagi menyokong pengasas Patriot Prayer Joey Gibson, yang akan bertanding sebagai calon Republikan untuk Senat AS.

Sementara itu, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Popular Mobilization menganjurkan tunjuk perasaan balas di taman, diiringi pancaragam yang berarak dan penunjuk perasaan yang memakai kostum badut.

Dalam laman Facebook bagi acara tersebut, pihak penganjur menyatakan mereka tidak akan memohon maaf bagi penggunaan kekerasan dalam memastikan komuniti selamat daripada kesan keganasan sayap kanan.

Berikutan arahan polis kelmarin agar bersurai, Democratic Socialists of America yang bercawangan di Portland meletakkan kesalahan terhadap pihak berkuasa, menyatakan dalam Twitter bahawa sejurus sebelum jam 2 petang semua kelihatan kembali seperti biasa.

“Kemudian tanpa sebarang amaran, anggota polis melepaskan tembakan grenad pegun ke arah orang ramai anti-fasis dan mula memaksa mereka agar bersurai,” menurut organisasi tersebut, menunjukkan bahawa pihak polis Portland sebagai pihak yang menimbulkan dan mencetuskan situasi berbahaya.

Pada Jumaat lepas, datuk bandar Ted Wheeler menyuarakan kebimbangan bahawa individu telah menyatakan secara umum niat mereka untuk bertindak secara ganas lantas menolak situasi tersebut daripada tercetus.

Pihak polis memberikan amaran kepada penunjuk perasaan agar meninggalkan senjata di rumah walauoun pemegang lesen pistol yang sah di Oregon dibenarkan untuk membawa senjata mereka di taman.

Mereka telah menyatakan pihak polis akan memeriksa orang ramai bagi senjata di pintu masuk ke taman dan anjing pengesan bahan letupan turut digunakan.

Kombinasi kebencian dan keganasan di jalan raya Portland memberikan ancaman serius terhadap keselamatan komuniti, terutamanya kepada penduduk pelbagai warna kulit, wanita dan LGBT, menurut kenyataan Western States Center yang ditandatangani kira-kira 40 kumpulan aktivis.

Menurut Southern Poverty Law Center, kumpulan bukan perniagaan yang mengawasi fahaman ekstremisme, Patriot Prayer dan Proud Boys telah tampil bersama dalam beberapa rali Pacific Northwest sejak 2017.

Satu rali pada 30 Jun mencetuskan rusuhan dan ditutup pihak polis selepas pihak yang berarak dan penunjuk perasaan bertelagah, menyebabkan beberapa orang tercedera. — AFP

Advertisement