Anda di sini

Remaja Thai tinggalkan biara Buddha sebaik tamat acara penghormatan penyelam maut

Advertisement
 Jubah anggota pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ ditanggalkan secara simbolik oleh sami Buddha dalam satu upacara untuk menandakan berakhirnya pemukiman pemain tersebut sebagai sami novis di tokong Wat Phra That Doi Tun. — Gambar AFP
SELESAI: Jubah anggota pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ ditanggalkan secara simbolik oleh sami Buddha dalam satu upacara untuk menandakan berakhirnya pemukiman pemain tersebut sebagai sami novis di tokong Wat Phra That Doi Tun. — Gambar AFP

MAE SAI:  Remaja lelaki Thai yang terselamat dari sebuah gua yang dibanjiri air dalam satu usaha menyelamat yang telah mengejutkan dunia meninggalkan sebuah biara Buddha semalam, 11 hari selepas mentahbis sebagai pembantu sami sebagai menghormati seorang penyelam yang meninggal dunia semasa misi menyelamatkan mereka.

Kejadian yang menimpa pasukan bola sepak “Wild Boars” telah mendominasi tajuk utama seluruh dunia ketika para penyelam berusaha sepanjang masa untuk membawa keluar pasukan itu dari ruangan gua yang dimasuki air dan laluan sempit serta bengkok-bengkuk di dalam gua Tham Luang di utara Thailand.

Dalam satu usaha menyelamat yang berbahaya dan tidak dijangkakan, 12 remaja lelaki itu dan jurulatih mereka berusia 25 tahun telah diberikan sedatif dan dibawa keluar melalui ruangan yang dimasuki air oleh para penyelam, menamatkan satu keadaan tegang selama hampir tiga minggu.

Namun kegembiraan dengan usaha meyelamat itu telah terjejas dengan kesedihan bagi kematian bekas penyelam SEAL Tentera Laut Thai Saman Kunan, yang meninggal dunia ketika meletakkan tangki oksigen di sepanjang laluan menyelamat.

Sebelas orang dari remaja lelaki dan jurulatih mereka telah ditahbiskan bagi “membuat kebaikan” menurut upacara Buddha bagi “Sarjan Sam”, ketika penyelam tersebut telah dikenali sekarang di seluruh Thailand.

Seorang pemain, Adul Sam-on, tidak mengikuti upacara tersebut kerana beliau seorang penganut Kristian.

Semalam remaja lelaki itu, dengan kepala mereka dicukur dan berpakaian serba putih bagi menyambut ‘Buddhist Lent’, telah meninggalkan kuil Pha That Doi Wao di daerah Mae Sai di utara Thailand.

Mereka telah menerima restu Buddha daripada sami-sami ketika meminta kebenaran untuk meninggalkan kuil, setiap seorang menyatakan “saya sekarang seorang orang kebanyakan”.

Jurulatih mereka Ekkapol Chantawong masih berada di kuil, di mana beliau telah menjadi seorang sami sepenuhnya kerana beliau seorang dewasa.

Thailand merupakan sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Buddha dan kepercayaan telah diterapkan dengan ketat dalam kehidupan harian mereka.

Keluarga dan rakan-rakan menunggu remaja lelaki tersebut di sebuah dewan, menghadap sebuah meja persembahan di mana bahagian tengahnya terdapat sebuah potret besar Sarjan Sam yang tersenyum.

Pihak berkuasa telah memaklumkan media agar memberikan masa kepada pemain tersebut untuk menyesuaikan diri dengan hidup mereka.

Namun kepentingan bagi usaha menyelamat yang menakjubkan itu masih menjadi kegilaan di dalam dan luar Thailand, di mana syarikat penerbitan sedang bercadang untuk menghasilkan sebuah filem gaya Hollywood.

Ketika memasuki Tham Luang selepas latihan bola sepak pada 23 Jun, remaja lelaki dan jurulatih mereka telah segera bergerak jauh ke dalam gua akibat banjir momsun, dan hanya ditemui sembilan hari kemudian oleh penyelam British.

Mereka kemudian menjelaskan bahawa mereka bertahan dengan air hujan yang menitik dari batu.

Kesemua 13 orang itu berjaya keluar dengan selamat. — AFP

Advertisement