Anda di sini

Persekutuan Pengakap Malaysia terus gagah berdiri teguh

Advertisement
AHLI Pengakap Kelana seamai 18 orang dari seluruh Sabah menerima sijil dan ‘BP Award’ sempena perasmian sambutan itu.
AHLI Pengakap Kelana seramai 18 orang dari seluruh Sabah menerima sijil dan ‘BP Award’ sempena perasmian sambutan itu.

PERSEKUTUAN Pengakap Malaysia (PPM) terus gagah dan berdiri teguh bersama-sama dengan ahli pengakap di seluruh negara dan juga dunia, walaupun sudah berusia 110 tahun.
   
Dalam hubungan ini, PPM tidak perlu lagi diuji kerana dengan sendirinya ia sudah diuji dengan kegagahan dan keteguhannya sebagai sebuah persatuan belia yang terunggul di negara ini.

Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr Haji Shafie Haji Mohd Salleh berkata, seperti yang diketahui, tidak banyak persatuan belia di dunia ini yang boleh bertahan sehingga 110 tahun usianya.

AWANG Zaini (tiga kiri) sedang menjelaskan sesuatu kepada Shafie ketika melawat pameran kepengakapan di Sabah sempena program itu. 
AWANG Zaini (tiga kiri) sedang menjelaskan sesuatu kepada Shafie ketika melawat pameran kepengakapan di Sabah sempena program itu. 

Katanya, mengikut kebiasaannya jika sesebuah persatuan itu sudah menjangkau umur 100 tahun, bilangan ahlinya berkemungkinan amat berkurangan dan mungkin persatuan tersebut sudah berkubur bersama ahli-ahlinya, tetapi tidak demikian dengan PPM .

“Inilah sebenarnya kekuatan PPM kerana masih lagi berdiri tegak dan gagah dengan penuh megah,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2018, di Scouts Nature Park, Jalan Borhole (Batu 4), Sandakan pada Sabtu.

Menurutnya, alam konteks pengakap di Sabah, sesungguhnya Sabah amat beruntung kerana mempunyai dua pemimpin berkaliber, berwibawa dan berwawasan serta berprestasi tinggi yang duduk di PPM peringkat kebangsaan.

Dua pemimpin tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah Datuk Dr Awang Zaini Haji Suntim dan juga Jamal Jinal iaitu Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang mengetuai Bahagian Pengurusan Pengakap Malaysia.

Beliau memuji usaha dan komitmen serta kesanggupan Pengakap Sabah menjadi tuan rumah sambutan Hari Pengakap Peringkat Kebangsaan itu yang turut menjemput ahli-ahli Pengakap dari luar negara seperti Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Ini menunjukkan bahawa Pengakap Sabah mempunyai keyakinan yang tinggi bagi menganjurkan jambori berstatus peringkat antarabangsa. Saya percaya tidak banyak persatuan belia lain yang berkeupayaan dan berkemampuan menganjurkan program atau aktiviti yang berstatus antarabangsa,” katanya sambil berbangga atas kejayaan Pengakap Sabah mengumpul lebih 600 Pengakap Kelana menyertai jambori itu.

Shafie menjelaskan, Sambutan Hari Pengakap itu bertujuan memperingati kewujudan Pergerakan Pengakap di Malaysia yang telah bertapak di negara ini sejak 1908.

Katanya, sebagai sebuah pergerakan belia yang dinamik, PPM hendaklah mengadakan sambutan seumpamnya pada setiap tahun yang bertujuan untuk mengumpul para pemimpin dan warga pengakap di seluruh negeri bagi berikrar dan memperjuangkan serta memajukan PPM.

MOHD Hamsan (kiri) turut menerima anugerah pada majlis itu disampaikan Shafie.
MOHD Hamsan (kanan) turut menerima anugerah pada majlis itu disampaikan Shafie.

Di samping itu katanya, sambutan itu juga dijadikan sebagai satu platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan para pemimpin dan juga warga pengakap, menerapkan semangat kekeluargaan yang jitu serta memupuk perpaduan yang lebih erat bagi sesama warga PPM tanpa mengira kepercayaan, agama dan bangsa.

“Inilah ikrar dan usaha kami selama ini supaya PPM ini akan berterusan relevan dan bertahan lama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengakap Negara itu menyeru golongan belia supaya merasai erti sebuah perjuangan.

Beliau menegaskan, golongan belia mendepani pelbagai cabaran pergerakan belia di Malaysia dan perubahan yang harus dilakukan.

“Langkah yang terbaik untuk mendepani cabaran ini ialah dengan melihat ke dalam diri kita sendiri bagi menilai kekuatan dan kelemahan pergerakan kita,” katanya dan sekiranya tidak, perjuangan kita hanya penuh dengan retorik dan kita akan gagal membuat perubahan yang bermakna.

Atas semangat itu, katanya, beliau menggariskan apa yang harus dihadapi bersama bagi menentukan pergerakan PPM kekal relevan mewakili suara generasi belia di Malaysia.

Katanya, PPM harus memimpin perubahan itu supaya menjadi role model kepada persatuan lain dan terus berjuang demi kelangsungan ketamadunan Pergerakan Pengakap Malaysia. 

Menurutnya, antara cabaran yang harus diharungi ialah untuk membina Pergerakan Pengakap sebagai modal insan yang mempunyai minda kelas pertama, yakni mempunyai penguasaan ilmu 
pengetahuan, pemupukan penerokaan minda dan pembinaan nilai-nilai moral yang tinggi.

Justeru katanya, generasi belia tidak harus masih terbelenggu dengan krisis kurang budaya keilmuan dan keintelektualan yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan upacara perlanjutan pelantikan Datuk Dr Awang Zaini Haji Suntim sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, selain menyampaikan Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia serta ‘BP Award’ kepada 18 orang penerima peringkat negeri Sabah bagi sesi 2017.

PENGAKAP dari daerah Beluran turut menghadiri majlis itu.
PENGAKAP dari daerah Beluran turut menghadiri majlis itu.

Beliau turut melancarkan perasmian Scout Centre of Excellence for nature and Enviroments (SCENE Centre) yang merupakan Pusat Scenes Hutan Hujan Tropika pertama di dunia dan yang ke-3 di Asia Pasific serta yang ke-29 di dunia.

Menerusi program itu (Scene Centre), Pulau Nunuyan Laut Sandakan turut dijadikan lokasi perkongsian strategik dan Pusat Latihan Pengakap Laut Negeri Sabah.

Terdahulu, Datuk Dr Awang Zaini dalam ucapannya berkata, Pengakap Sabah mencipta sejarah sebagai tuan rumah Jambori Pengakap Kelana Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan 100 Tahun kewujudan Pengakap Kelana.

Beliau melahirkan rasa bersyukur kerana Pengakap Sabah masih gagah perkasa dan berjaya menganjurkan jambori yang julung kalinya dalam sejarah 105 tahun kewujudan PPM Cawangan Sabah.

Katanya, Pengakap Sabah adalah tunjang dan tulang kekuatan belia di Sabah kerana tanpa penyertaan Pengakap Sabah, hampir semua program yang dirancang oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (Negeri dan Persekutuan) tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PENGAKAP Laut dari MSRM Sandakan turut mengambil menghadiri Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2018.
PENGAKAP Laut dari MSRM Sandakan turut mengambil menghadiri Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2018.

Menurutnya, pada masa kini Pengakap Sabah mempunyai 46 daerah di seluruh negeri yang melibatkan enam bahagian dan 13 kawasan yang melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bukan sahaja kepengakapan tetapi juga melibatkan tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan.

“Justeru itu, kami warga Pengakap Sabah mengalu-alukan sumbangan para dermawan dari kalangan peniaga, badan-badan korporat, GLC, swasta dan orang ramai supaya kami dapat menjalankan aktiviti-aktiviti tahunan kami,” katanya penuh pengharapan.

Beliau juga mnyeru para pemimpin dan ahli-ahli pengakap khasnya di Sabah agar bergerak tangkas dengan semangat yang berkobar-kobar agar tidak ketinggalan dengan kemajuan dan kemodenan zaman yang memerlukan inovatif, kreatif dan progresif.

SHAFIE diiringi Dr Awang Zaini (kiri) memeriksa barisan kehormat sejurus tiba di majlis itu.
SHAFIE diiringi Dr Awang Zaini (kiri) memeriksa barisan kehormat sejurus tiba di majlis itu.

Sempena sambutan Hari Pengakap itu, pelbagai pameran kepengakapan turut diadakan di Scouts Nature Park Sandakan, selain perasmian Rover Moot Ke-100 Tahun Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mejar Jeneral Profesor Dato dr Mohd Zin Bidin, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain dan para jemputan khas. 

  • oleh
  • Advertisement