Anda di sini

Vanessa Model Terbaik Momogun Model of The Year 2018

Advertisement
PARA pemenang Pencarian Model Momogun 2018.
PARA pemenang Pencarian Model Momogun 2018.

MATUNGGONG: Vanessa Kimberly Edgar Del Mundo muncul sebagai Model Terbaik Momogun Model of The Year (Pencarian Model Momogun) (MMOTY) 2018 sempena Program Sodop Papak Tavasi (SPT) Pesta Magahau Rungus 2018.

Pesta itu yang dianjurkan oleh Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) telah diadakan di Dewan Terbuka Matunggong, dekat sini.

J Debie Angellisa Johil pula memenangi dua kategori iaitu  'Best Catwalk' dan Momogun Designer Of the Year .

'Best Dress' disandang oleh Angglen Jakus. Momogun Emerging Model Award dimenangi oleh Jeanie Tai Set Fhun.

Kategori Best Make Up Artist (MUA)  disandang oleh Clearviana Frankie Yong. Momogun Model Special Award  dianugerahkan kepada Allyssa Endry.

Presiden SAMORA, Dato’ Jelani Hamdan berkata, antara matlamat dan objektif  MMOTY ialah mengeluarkan dan nencungkil  bakat-bakat model Momogun setaraf dengan model-model yang sudah establish.

"MMOTY juga dapat merancakkan  pengeluaran pakaian (rekaan) bermotifkan Etnik Momogun agar iannya boleh dipasarkan, setaraf dan dapat bersaing dengan rekaan-rekaan berasas atau bermotifkan rekaan etnik.

"Menerusi program ini dapat nengeluarkan pereka-pereka Momogun yang boleh diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Menurutnya, MMOTY juga sebagai persediaan ke arah penubuhan ‘ konsortium ‘ pereka dan pengeluar pakaian berasaskan etnik.

Jelani berkata, ini juga sebagai persediaan untuk menyertai program-program di peringkat antarabangsa seperti di World Travel Market (WTM) London, ITB Berlin, Jerman, Fashion Show di Milan, Italy, Paris dan lain-lain.

"Dengan adanya Momogun 'model search' dalam SPT kita berharap model-model, pereka kita lebih menonjol dan setanding dengan bangsa lain.

" Di tahun hadapan kita akan perluaskan lagi acara ini dengan memasukkan kategori lelaki dan juga pereka-pereka," tambahnya.

Serentak itu katanya, untuk meneruskan peranan model-modal yang dihasilkan semasa SPT dan Gala Nite Pesta Magahau, pihaknya  merancang mengadakan program khas dalam bulan Oktober 2018 iaitu ‘Grand‘ Sodop Papak Tavasi 2018.

"Ianya bertujuan untuk mengutip dana (raise fund ) untuk  tabung kebajikan SAMORA, tabung rombongan ke WTM London dan lain-lain.

 "Kita akan tampilkan semua model dan peserta Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) dari 2015-2018," tambahnya.

Turut hadir dan memperagakan pakaian di majlis itu ialah johan MGM2017, Treacy Chee.

Advertisement