Anda di sini

Rusa terbabit kemalangan mati akibat pendarahan

Advertisement
KEADAAN rusa yang cedera.
KEADAAN rusa yang cedera.

LAHAD DATU: Seekor rusa jantan dewasa yang cedera akibat kemalangan mendapat perhatian netizen di laman media sosial pada malam Jumaat dilaporkan mati akibat pendarahan yang banyak.

Pegawai Hidupan Liar Daerah Lahad Datu Silvester Saimin ketika dihubungi mengesahkan haiwan tersebut mati jam 10 malam dan post mortem telah dilakukan.

"Laporan post mortem menyatakan rusa itu mengalami pendarahan yang banyak akibat kecederaan yang teruk pada bahagian kaki kirinya yang patah kesan insiden kemalangan itu," katanya.

Insiden kemalangan yang berlaku di satu lokasi di Jalan Lahad Datu - Tungku menjadi tular di media sosial apabila insiden itu melibatkan kenderaan motosikal terlanggar rusa yang dikatakan mahu menyeberang jalan.

Difahamkan motosikal tersebut rosak manakala penunggangnya cedera.

  • oleh
  • Advertisement