Anda di sini

17 pendatang ditahan dalam Operasi Bersepadu

Advertisement
SERAMAI 17 PTI ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Esscom di dua lokasi berasingan di Semporna.
SERAMAI 17 PTI ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Esscom di dua lokasi berasingan di Semporna.

SEMPORNA: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 17 pendatang tanpa izin (PTI) dalam Operasi Bersepadu di sini pada Khamis.

Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi itu dijalankan antara jam 10 malam sehingga jam 1 pagi melibatkan kekuatan seramai 24 pegawai dan anggota.

“Dalam operasi kali ini, kita memeriksa seramai 44 orang di rumah pekerja Ladang Evergreen dan penempatan di belakang Muzium Tun Sakaran (Inabah Kamal),” katanya.

Hazani berkata demikian menerusi kenyataan medianya di sini pada Sabtu berhubung penahanan 11 lelaki dan enam wanita PTI yang terdiri daripada rakyat negara jiran.

Turut terlibat di dalam operasi berkenaan termasuklah polis, tentera, imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Daerah Semporna dan Pasukan Polis Marin.

“Bagaimanapun di dalam operasi ini tidak ada rampasan dan sitaan dilakukan,” katanya, sambil mendedahkan bahawa tumpuan operasi itu untuk mengesan dan menangkap PTI.

Menurutnya, operasi itu juga bertujuan untuk mengesan penjualan barangan seludup, selain menguakuasa undang-undang dan menunjukkan kehadiran pihak keselamatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dan komitmen yang dipamerkan semua agensi terlibat cukup baik malah turut mendapat sokongan padu daripada penduduk setempat.

  • oleh
  • Advertisement