Anda di sini

Kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh terhadap TYT

Advertisement
TUN JUHAR menerima cenderakenangan daripada Shahidul (lima dari kiri).
TUN JUHAR menerima cenderakenangan daripada Shahidul (lima dari kiri).

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Shahidul Islam di Istana Negeri, hari ini.

Kunjungan selama 45 minit itu bertujuan memperkukuhkan hubungan bilateral selain membincangkan peluang serta kerjasama antara dua pihak dalam sektor perdagangan, ekonomi, pendidikan dan pelancongan.

Menurut kenyataan daripada Menteri (Politik) dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md. Rais Hasan Sarower, antara lain yang turut dikongsi adalah mengenai perkembangan dan pembangunan terkini berkenaan sosio-ekonomi serta meneroka potensi industri lain.

Hadir sama isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Md. Shahidul Shahnaz Islam.-Penerangan.

Advertisement