Anda di sini

Pameran ‘Food Safety’ tingkatkan kesedaran masyarakat tentang industri ternakan haiwan

Advertisement
 Orang ramai mengunjungi pameran Food Safety di tHe Spring, baru-baru ini.
MENDAPAT SAMBUTAN: Orang ramai mengunjungi pameran Food Safety di tHe Spring, baru-baru ini.

PERSATUAN Veterinar Sarawak (SVA) dengan kerjasama Sarawak Lifestock Breeder Association mengadakan pameran ‘Food Safety’ bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang industri ternakan haiwan.

Presiden SVA Dr Chuoo Huck Teng berkata, pihaknya telah mengadakan pameran itu bermula 27 hingga 29 Julai di Pusat Beli -Belah tHe Spring, di Kuching dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Matlamat utama kita menganjurkan program seumpama ini adalah untuk mendidik orang ramai bagaimana makanan daripada ternakan haiwan dihasilkan dari peringkat ladang sehingga ke (peringkat) ‘meja makan’.

“Selain itu, kita juga mahu mengubah tanggapan masyarakat mengenai industri ternakan yang memberikan andaian yang salah terhadap keselamatan dan penggunaan makanan,” katanya ketika ditemui di Kuching, baru-baru ini.

 Pameran Food Safety didakan di tHe Spring, baru-baru ini.
PENDEDAHAN: Pameran Food Safety didakan di tHe Spring, baru-baru ini.

Dr Chuoo berkata justeru, pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang tiga hari pameran itu berlangsung dalam usaha pihaknya mencapai matlamat yang ditetapkan

“Antaranya termasuk pameran tentang haiwan ternakan iaitu ayam, permainan, aktiviti seni untuk kanak-kanak, larian amal ‘Syiok Run’ dan banyak lagi aktiviti lain,” katanya.

Menurutnya, kutipan dana daripada larian amal itu akan disumbangkan kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSCPA) dan Save Our Strays Kuching (S.O.S Kuching).

  • oleh
  • Advertisement