Anda di sini

Mukhriz umum rombakan portfolio Exco Kedah

Advertisement
 Mukhriz (kanan) bersalaman dengan Mohd Firdaus yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah di Alor Setar semalam. — Gambar Bernama
TAHNIAH: Mukhriz (kanan) bersalaman dengan Mohd Firdaus yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah di Alor Setar semalam. — Gambar Bernama

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan rombakan portfolio Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selaras dengan kementerian di peringkat kerajaan persekutuan.

Selain itu, Mukhriz turut memaklumkan rombakan itu susulan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah Mohd Firdaus Ahmad sebagai Exco baharu yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pagi semalam.

“Kita membuat sedikit rombakan kepada portfolio ataupun jawatankuasa-jawatankuasa tetap Exco seperti mana yang telah saya nyata-kan antara lain tujuan untuk selaras dengan kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sistem Atas Talian Syariah, dikenali sebagai ‘myReCourt’ (My Registration Court) di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Mukhriz berkata pelantikan Mohd Firdaus itu berikutan Exco sebelum ini Datuk Amiruddin Hamzah yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Ne-geri, Industri dan Pelaburan dan Agama telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Berikut  adalah senarai exco bersama portfolio baharu mereka:

* Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir: Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Ne-geri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan

* Datuk Dr Ismail Salleh: Pengerusi Jawatankuasa Ke-sihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)

* Tan Kok Yew: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan

* Zamri Yusuf: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga

* Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama

* Mohd Asmirul Anuar Aris: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelanco-ngan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan

* Ooi Tze Min: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

* Dr Salmee Said: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia

* R. Summugam: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

* Halimaton Shaadiah Saad: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan

* Mohd Firdaus Ahmad: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). — Bernama

Advertisement