Anda di sini

Kapsul Hurix’s 900 Flucold Improved sekali lagi menang HWB Award

Advertisement

KUCHING: Salah satu produk laris Jin Bin Group, Kapsul Hurix’s 900 Flucold Improved sekali lagi memenangi anugerah HWB Award sebagai ubat herba selesema yang terbaik pada tahun 2018 daripada Watsons.

Menurut satu kenyataan semalam, Jin Bin Group (HURIX’S) ditubuhkan pada tahun 1979 dan menjadi perintis menggunakan herba semula jadi bagi menghasilkan ubat tradisional, produk kesihatan, makanan dan minuman.  

Jin Bin Group telah mengembangkan operasinya selama beberapa dekad dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D), kualiti, teknologi yang moden dan penjenamaan.

Hurix’s sememangnya jelas merupakan jenama yang boleh dipercayai. Ia telah mencipta beberapa siri produk herba semula jadi.

Kapsul Hurix’s 600 Fluaway turut dinobatkan sebagai pemenang HWB Award daripada Watsons untuk tempoh tujuh tahun berturut-turut sejak 2010 sehingga 2016.

Salah satu produk Jin Bin Group yang terlaris, Kapsul Hurix’s 900 Flucold Improved telah membuktikan kualiti yang terjamin dan ia sekali lagi memenangi anugerah HWB – ubat herba selesema yang terbaik daripada Watsons sejak tahun 2017.

Secara langsung, ia memberi inspirasi kepada Jin Bin Group untuk memasuki pasaran di peringkat antarabangsa, yang berskala dan profesional.

Seterusnya, turut mengukuh dan meningkatkan kepercayaan serta sokongan pengguna terhadap jenama tersebut.

Kapsul Hurix’s 900 Flucold Improved (MAL16100001TC) digunakan secara tradisional untuk melegakan selesema, demam, panas badan dan sakit tekak.

Ia tidak menyebabkan mengantuk dan keletihan selepas makan. Anda boleh menjalankan akitiviti harian seperti biasa.

Jin Bin Group sentiasa komited untuk menghasilkan produk dan ubat-ubatan yang berkualiti baik, sihat, semula jadi dan mempunyai nilai yang berpatutan.

Produk Hurix’s boleh didapati di stor rantaian, farmasi, kedai ubat, kedai jamu dan laman sesawang.

Anda boleh juga menghubungi 04-7725088 untuk maklumat lanjut.

Hurix’s, menjaga kesihatan anda! Kami menyayangi dan mengambil berat kesihatan anda sekeluarga.

Advertisement