Anda di sini

Samora cipta kelainan sambut Magahau

Advertisement
PESERTA Gimpuhut yang mewakili tujuh zon seluruh Sabah yang akan bertanding di peringkat negeri sempena kemuncak sambutan Pesta Magahau 2018.
PESERTA Gimpuhut yang mewakili tujuh zon seluruh Sabah yang akan bertanding di peringkat negeri sempena kemuncak sambutan Pesta Magahau 2018.

KOTA KINABALU: Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) akan terus mencipta kelainan dalam setiap penganjuran sambutan Pesta Magahau setiap tahun bagi memartabatkan sekaligus mengangkat keunikan budaya yang dimiliki oleh kaum Rungus.

Presidennya, Datuk Jelani Hamdan berkata, hanya sambutan pesta berkenaan sahaja yang mampu mengetengahkan budaya dan tradisi masyarakat Rungus ke pesada dunia.

" Misalnya, kita lebih mengetengahkan lagi fesyen dan pakaian tradisi Rungus pada sambutan tahun ini yang hampir dilupakan oleh generasi muda.

"Usaha ini bertepatan dengan pengisian utama program iaitu Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) iaitu pertandingan ratu cantik yang bukan hanya mempromosi pakaian, sekaligus mengkomersialkan pakaian tradisi rungus ini," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media sambutan Pesta Magahau, di sini pada Ahad.

Selain itu, beliau berkata, keunikan sambutan Pesta Magahau juga dapat dilihat melalui kemahiran menguasai bahasa Rungus oleh semua peserta Ratu Cantik MGM yang menjadi salah satu penekanan khusus bagi pertandingan itu.

Katanya, jika sebelum ini, peserta mulai lupa akan bahasa ibunda mereka, namun, melalui program MGM, peserta mampu menguasai kemahiran berbahasa Rungus dengan tempoh yang singkat.

"Apa yang lebih menarik, Pesta Magahau ini menjadi satu batu loncatan untuk kita memahirkan peserta-peserta MGM kepada bahasa ibunda mereka.

"Alhamdulillah pada masa sekarang ramai di antara mereka yang sudah mahir menguasai bahasa ini dalam masa sebulan... Mereka sudah tahu asal usul mereka dan itulah tujuan utama kita,"katanya.

  • oleh
  • Advertisement