Anda di sini

Israel bebas tahanan Turki atas permintaan Trump

Advertisement
 Gambar fail 8 Julai menunjukkan Ozkan (tengah) diiringi oleh dua pegawai penjara  ke mahkamah tentera Israel. — Gambar Reuters
DIBEBAS: Gambar fail 8 Julai menunjukkan Ozkan (tengah) diiringi oleh dua pegawai penjara ke mahkamah tentera Israel. — Gambar Reuters

BAITULMUQADDIS: Israel membebaskan seorang tahanan wanita yang disyaki sebagai militan Turki selepas permintaan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata seorang pegawai Israel semalam selepas Washington Post  melaporkan perjanjian itu merupakan sebahagian daripada usaha Rumah Putih yang gagal untuk mendesak Ankara agar membebaskan seorang tahanan AS.

Israel sudah menghantar pulang Ebru Ozkan pada 15 Julai, seminggu selepas mendakwa dia mempunyai hubungan dengan kumpulan Islam Hamas di Palestin – dakwaan yang dinafikan oleh peguamnya,

Ozkan ditangkap oleh Israel ketika menggunakan visa pelancong pada Jun lepas. Kesnya telah menimbulkan kemarahan Turki.

Washington Post melaporkan kelmarin bahawa Trump telah meminta Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam satu panggilan telefon pada 14 Julai agar melepaskan Ozkan sebagai “pertukaran” untuk Andrew Brunson - seorang paderi AS yang sudah berada dalam tahanan Turki selama 21 bulan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat satu permintaan sebegitu oleh Presiden Trump,” seorang pegawai Israel berkata dengan syarat identitinya dirahsiakan.

Brunson, yang menafikan dakwaan mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan dikatakan oleh Ankara sebagai dalang dalam rampasan kuasa yang gagal pada 2016, telah dipindah ke dalam penahanan di rumah pada Rabu lepas – mendesak pentadbiran Trump untuk mengugut sekatan terhadap Turki dengan kuasa NATO. — Reuters

Advertisement