Anda di sini

‘The English Language Carnival 2018’ disokong pelbagai pihak

Advertisement
 Haidel (tiga kanan) menyerahkan tajaan kepada Henry sambil disaksikan Peter (tiga kiri) dan ahli Persatuan Ex Josephian 94 yang lain.
TAJAAN: Haidel (tiga kanan) menyerahkan tajaan kepada Henry sambil disaksikan Peter (tiga kiri) dan ahli Persatuan Ex Josephian 94 yang lain.

KUCHING: ‘The English Language Carnival 2018’ yang akan diadakan pada Sabtu ini di SMK St Joseph di sini terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Terbaharu, Persatuan Ex Josephian 94 atau turut dikenali sebagai Old Boys 94 tampil menyatakan sokongan dengan menyumbang dana sebanyak RM1,700 kepada penganjur.

Majlis penyerahan tajaan itu disempurnakan oleh Pengerusi Old Boys 94 Haidel Heli bersama Pengetua SMK St Joseph Kuching Henry Chai di sini semalam.

“Hasrat kami untuk menyumbang dana kepada sekolah ini telah saya suarakan semasa majlis reunion baru-baru ini.

“Kebetulan, pihak sekolah akan menganjurkan karnival English, justeru kami daripada Persatuan Ex Josephian 94 sebulat suara bersetuju menyumbang dana untuk kegunaan pihak penganjur.

“Bagi pihak persatuan, saya berharap sumbangan tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah pada karnival itu nanti,” kata Haidel.

Sementara itu, Henry merakamkan penghargaan kepada Persatuan Ex Josephian 94 atas sokongan terhadap program anjuran pihaknya.

Karnival selama sehari itu bakal disertai sejumlah 11 sekolah dari sekitar bahagian Kuching.

Menurut Penyelaras Program Peter Taki, pelbagai aktiviti disediakan oleh pihaknya sepanjang karnival selama sehari itu.

“Karnival ini merupakan program imersif tinggi pihak sekolah yang bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dengan meluas dalam kalangan pelajar sekolah.

“Banyak aktiviti menarik berkaitan penggunaan bahasa Inggeris di luar tetapan bilik darjah yang ditetapkan untuk para pelajar menikmati dan belajar mengikut kemampuan pembelajaran mereka sendiri,” katanya.

Advertisement