Anda di sini

13 kumpulan kugiran sertai Benak Youth GIG 2018 Gegar Belia

Advertisement
 Bakal membuat persembahan pada Benak Youth GIG, Pesta Benak Sri Aman 2018.
POSTER: Bakal membuat persembahan pada Benak Youth GIG, Pesta Benak Sri Aman 2018.

SRI AMAN: Sebanyak 13 buah kumpulan kugiran seluruh Sarawak bakal menyertai Benak Youth GIG 2018 Gegar Belia Benak di Tempat Letak Kereta di sini pada 11 Ogos depan.

Benak Youth GIG 2018 Gegar Belia Benak dibawakan khas oleh Sazalies Digital Sound julung kali diadakan di bandar Sri Aman sempena Pesta Benak tahun ini.

Jurucakap pengelola memberitahu, sejak sekian lama kumpulan kugiran itu menyepi kali ini mereka tampil di Pesta Benak  bagi menghiburkan peminat seluruh negeri ini.

Menurutnya, sebanyak 13 buah kumpulan menyertai acara ini termasuk kumpulan dari luar Sri Aman seperti Bintulu, Serian, Kuching dan bahagian-bahagian lain.

Tiga belas kumpulan tersebut ialah Caustic Cross, Drain Raven, Retreo, Kugiran A Sazali, The Rambos, Sonar Instinict, Anarkidx, The Armchair, Inspired The Bee, Junkfizzies, Project Theather, Someday dan Nogas.

Acara ini bagi mempromosikan hasil karya anak tempatan dengan seni mereka hasilkan.

“Kebanyakan kumpulan kugiran ini kalangan belia dari seluruh negeri ini,” ujarnya.

Tambahnya, menerusi acara ini peminat kumpulan kugiran boleh mendapatkan hasil karya anak-anak tempatan Sarawak dengan harga berpatutan seperti EP (CD-BAND) dan sebagainya.

Jelasnya, semua kumpulan kugiran membuat persembahan nanti menggunakan peralatan masing-masing.

“Contohnya, lagu dirakamkan di studio sebelum ini dan hasil penulisan mereka juga dijual kepada mereka yang berminat pada program ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement