Anda di sini

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes rompak

Advertisement
 Ketiga-tiga suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan kes rompak.
DITANGKAP: Ketiga-tiga suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan kes rompak.

MIRI: Polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes rompak yang berlaku pada 1 Mei lalu.

Ketiga-tiga suspek ditangkap sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di kawasan Permyjaya dan Tudan kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Sejurus ditangkap, ketiga-tiga suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai dipukul di dalam tandas sebelum dirompak.

Difahamkan, akibat kejadian itu, mangsa kehilangan telefon bimbit dan sejumlah wang.

Mangsa yang membuat laporan polis sejurus kejadian membolehkan polis menjalankan siasatan mengesan suspek yang terlibat.

  • oleh
  • Advertisement