Anda di sini

Rejim Assad tawan semula Daraa, Quneitra

Advertisement
 Tentera kerajaan Syria mengayunkan bendera kebangsaan mereka selepas menawan semula bandar Quneitra daripada pemberontak kelmarin. — Gambar AFP
TAWAN SEMULA: Tentera kerajaan Syria mengayunkan bendera kebangsaan mereka selepas menawan semula bandar Quneitra daripada pemberontak kelmarin. — Gambar AFP

BEIRUT: Beberapa bas berkumpul semalam di sebuah kawasan barat daya Syria berhampiran dengan Tanah Tinggi Golan yang ditakluki oleh Israel untuk memindah-kan pejuang pemberontak dan orang awam ke wilayah pembangkang  di utara, kata sebuah badan pemerhati.

Pemindahan dilakukan di bawah perjanjian menye-rah yang dipersetujui pada minggu ini antara Rusia dan pemberontak Syria di wilayah Quneitra yang akan melihat zon yang sensitif jatuh semula ke dalam kawalan negara.

Pemberontak akan menye-rahkan wilayah yang mereka kawal di Quneitra dan zon penampan berdekatan dengan Golan yang ditakluki oleh Israel, sebuah badan pemerhati perang dan seorang sumber pemberontak memberitahu AFP.

Perjanjian termasuk laluan selamat ke utara Syria bagi mana-mana penentang yang menolak untuk tinggal di bawah kawalan kerajaan, dan beberapa bas sudah mula memasuki kawasan semalam untuk melakukan pemindahan, kata  Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia.

“Bas-bas telah tiba di kawasan yang dikawal oleh kerajaan di Quneitra kelmarin, dan hari ini mereka mula menyeberangi ke kawasan penentang  untuk pemindahan,” kata ketua pemerhati Rami Abdel Rahman.

Beliau menyatakan ia masih belum jelas berapa ramai pejuang dan orang awam yang akan dipindahkan, namun beberapa bas kemungkinan akan mengambil orang dari beberapa lokasi di Quneitra dan kawasan berhampiran.

Seorang sumber pemberontak memberitahu AFP bahawa pemindahan telah dijangka akan bermula pada pagi semalam.

Quneitra merupakan sebuah wilayah kecil berbentuk bulan sabit yang terletak di antara bahagian barat dan wilayah Daraa Syria hingga ke timurnya.

Sebulan lepas, pihak rejim Syria telah melancarkan ope-rasi untuk menawan semula kawasan pemberontak di Daraa dan Quneitra, menggunakan pasukan tentera dan perjanjian menyerah yang diuruskan oleh sekutunya Rusia.

Pertempuran telah memaksa beratus ribu orang melarikan diri, dan seramai 140,000 lagi hilang tempat tinggal di Quneitra, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat pengurusan kemanusiaan PBB (OCHA)  memberi amaran bahawa kawasan tersebut tidak dapat dimasuki oleh organisasi bantuan yang berpangkalan kira-kira sejam jauhnya di Damsyik disebabkan tidak ada kebenaran.

Kedua-dua Israel dan Jordan, yang berkongsi sempadan dengan Syria, telah menutup sempadan mereka kepada penduduk yang hilang tempat tinggal.

Israel telah merampas 1,200 kilometer persegi daripada Golan daripada Syria pada 1967 dan kemudian menggabungkan ia, dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh pihak antarabangsa. — AFP

Advertisement