Anda di sini

Pasukan Ajik juara pertandingan futsal

Advertisement
 Sabri (kiri) menyampaikan hamper kepada pasukan Ajik, juara futsal ‘Wings & Claws’ anjuran Sayap Belia PMM di Stadium Tertutup Miri.
TERIMALAH: Sabri (kiri) menyampaikan hamper kepada pasukan Ajik, juara futsal ‘Wings & Claws’ anjuran Sayap Belia PMM di Stadium Tertutup Miri.

MIRI: Pasukan Ajik muncul juara pada pertandingan futsal anjuran Sayap Belia Persatuan Melayu Miri (PMM) di Stadium Tertutup Miri pada 19 Julai lalu.

Sementara itu, pasukan Lahore dan Keyarem masing-masing naib juara dan tempat ketiga. Sebanyak lima pasukan terdiri pelbagai latar belakang mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan itu.

Ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program riadah ‘Wings & Claws’ Sayap Belia PMM bagi menggalakkan golongan belia menyertai aktiviti sihat.

Ketua Program ‘Wings & Claws’, Sabri Amin berkata ini merupakan satu program pembangunan belia bagi menarik minat belia dalam aktiviti sukan sihat di samping memperluas jalinan persahabatan kalangan belia di sini.

Timbalan Pengerusi Sayap Belia PMM, M Qhadzrool Afzan berkata program ini mendapat sokongan penuh Persatuan Melayu Miri Induk dan tajaan berbentuk hadiah kepada penyertaan daripada syarikat kek lapis Siti Payung.

“Sayap Belia PMM mengharapkan lebih ramai belia menyertai program ini pada masa hadapan selain sokongan pihak lain menjayakan program seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, kapten pasukan Ajik menzahirkan penghargaan terhadap penganjuran pertandingan itu dan berharap aktiviti itu dapat diteruskan bagi menggalakkan belia di sini bergiat aktif dalam aktiviti sihat selain menyertai Sayap Belia PMM.

Advertisement