Anda di sini

Bekas ketua eksekutif HK dipenjara semula

Advertisement
 Tsang bersama Selina tiba di Mahkamah Tinggi di Hong Kong semalam untuk mendengar keputusan mahkamah rayuan terhadap tuduhan salah lakunya. — Gambar Reuters
DIPENJARA SEMULA: Tsang bersama Selina tiba di Mahkamah Tinggi di Hong Kong semalam untuk mendengar keputusan mahkamah rayuan terhadap tuduhan salah lakunya. — Gambar Reuters

HONG KONG: Bekas pe-mimpin Hong Kong Donald Tsang dihantar balik ke penjara semalam selepas usaha rayuan yang gagal terhadap pensabitan salah laku dalam kes rasuah berprofil paling tinggi di bandar raya ini.

Tsang telah dipenjarakan pada tahun lepas selepas didapati bersalah kerana gagal memaklumkan rancangannya untuk memajakkan sebuah flet mewah daripada seorang  pelabur utama dalam penyiar, yang kemudian diberikan satu lesen daripada kerajaan ketika dia menjadi seorang pemimpin.

Lelaki berusia 73 tahun itu, yang memegang jawatan sebagai ketua eksekutif selama tujuh tahun sejak 2005, merupakan pegawai bandar raya paling kanan yang pernah disabitkan  dalam perbicaraan jenayah dan pegawai berpangkat paling tinggi yang dipenjarakan.

Perbicaraannya muncul pada waktu penduduk telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin Hong Kong selepas satu siri kes rasuah yang menambahkan kecurigaan mengenai hubungan antara pegawai awam dan ahli perniagaam.

Tsang dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun lepas selepas dua bulan di dalam penjara, sementara menung-gu rayuan.

“Ia bertentangan dengan kepercayaan bahawa sese-orang yang mempunyai pe-ngalaman yang lama dan latar belakang dalam perkhidmatan kerajaan seperti pemohon boleh tidak mengendahkan keperluan untuk membuat deklarasi kepentingan dalam keadaan ini,” menurut keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Ia menambah bahawa salah laku Tsang adalah “amat serius, berdasarkan kedudukannya yang isti-mewa dalam masyarakat dan kesan buruk tindakannya kepada keyakinan penduduk Hong Kong terhadap cara pihak kerajaan melakukan urusannya”.

Bagaimanapun, mah-kamah meringankan huku-man Tsang daripada 20 bulan kepada 12 bulan, menyatakan peringkat permulaan oleh hakim sebelum ini bagi hukuman adalah terlalu tinggi.

Bercakap di luar mah-kamah selepas keputusan diberikan, isteri Tsang, Selina menyatakan dia berasa “kecewa dan sedih”.

“Selepas berbincang de-ngan peguam kemudian, kami akan memutuskan tindakan seterusnya secepat mungkin,” katanya kepada wartawan.

Pendakwa raya semasa perbicaraan Tsang menyifatkan tindakannya sebagai penyalahgunaan kuasa bagi mencapai kepentingan peri-badinya sendiri.

Pada 2012, dia memohon maaf  atas tuduhan berasingan bahawa dia  menerima hadiah yang tidak sepatutnya daripada rakan-rakan perniagaan dalam bentuk lawatan di atas kapal layar mewah dan jet persendirian.

Bekas timbalannya Rafael Hui telah dipenjarakan selama  tujuh tahun dan enam bulan pada 2014 selepas didapati bersalah menerima rasuah daripada taikun harta-nah Hong Kong, Thomas Kwok. — AFP

Advertisement