Anda di sini

300 jayakan 'Beach Clean Up' di pantai ODEC

Advertisement
ANTARA kakitangan UMS bersama anak-anak yang turut serta pada program pembersihan pantai UMS.
ANTARA kakitangan UMS bersama anak-anak yang turut serta pada program pembersihan pantai UMS.

KOTA KINABALU: Kira-kira 300 orang peserta turun padang bagi menjayakan program Gotong Royong Pembersihan Pantai UMS  'Beach Clean Up' di pantai ODEC UMS hari ini.

Program anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melibatkan kakitangan dan pelajar UMS, selain turut disertai beberapa orang peserta luar.

Menurut penyelaras program Prof. Madya Dr. Abentin Estim, acara pembersihan pantai UMS yang bermula pada jam 4.00 petang itu merupakan pembuka tirai kepada beberapa aktiviti dalam program Marine Biodiversity Awareness Week 2018  anjuran IPMB yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Julai akan datang.

“Acara sebegini dapat menyatupadukan warga UMS khasnya pelajar UMS bersama kakitangan UMS sekali gus mewujudkan ikatan silaturahim yang erat serta menyumbang kepada suasana persekitaran yang bersih dan nyaman,” katanya.

Hadir sama Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, Pendaftar UMS No’man Ahmad dan Pengarah IPMB Prof. Dr. Rossita Shapawi.

Advertisement