Anda di sini

Majlis makan malam Gawai Kaamatan DCCI dan KCCI gabung dua negeri

Advertisement
DEWAN Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) baru-baru ini meganjurkan majlis makan malam Gawai Kaamatan 2018 di Eastwood Valley Golf & Country Club di Miri. Majlis berkenaan dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah D

DEWAN Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) baru-baru ini meganjurkan majlis makan malam Gawai Kaamatan 2018 di Eastwood Valley Golf & Country Club di Miri.

Majlis berkenaan dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Presiden KCCI Datuk Bonipasius Bianis, Presiden DCCI Datuk Joseph Salang Gandum dan pengerusi penganjur Kilat Beriak.

 Sebahagian tetamu yang hadir memeriahkan majlis makan malam Gawai Kaamatan 2018 anjuran bersama DCCI dan KCCI di Eastwood Valley Golf & Country Club, baru-baru ini.
MERIAH: Sebahagian tetamu yang hadir memeriahkan majlis makan malam Gawai Kaamatan 2018 anjuran bersama DCCI dan KCCI di Eastwood Valley Golf & Country Club, baru-baru ini.

Lebih 400 tetamu hadir termasuk 150 orang dari Kota Kinabalu meraikan majlis tersebut.

Majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan Gendang Pampat oleh Kelab Gagong Sarawak dengan ngajat, persembahan ngajat Iban dan tarian Bidayuh, demonstrasi kuntau, persembahan rampaian etnik Sabah dan Sarawak dan cabutan tiket bertuah.

Majlis Gawai Kaamatan ini merupakan salah satu program bertujuan mengeratkan hubungan selain bertukar-tukar idea mengenai perniagaan dan industri khususnya dalam kalangan ahli-ahli DCCI dan KCCI.

 Gadis-gadis etnik Bidayuh mempersembahkan tarian menuai padi.
CANTIK: Gadis-gadis etnik Bidayuh mempersembahkan tarian menuai padi.
  • oleh
  • Advertisement