Anda di sini

Majlis Graduasi Ke-22 Kumpulan MSU College rai 922 graduan

Advertisement
 Penerima Anugerah Emas Presiden Leonie Vitalis Lotius (dua kiri) bersama Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.
CEMERLANG: Penerima Anugerah Emas Presiden Leonie Vitalis Lotius (dua kiri) bersama Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

MAJLIS Graduasi Ke-22 Kumpulan MSU College yang berlangsung di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU) pada 7 Julai lalu  menyaksikan 922 graduan menerima skrol melibatkan 22 bidang pengajian iaitu 761 graduan diploma dan 161 graduan sijil.  

Hadir menyempurnakan majlis ini ialah Pengerusi Kumpulan MSU College dan Pro Canselor MSU, Tan Sri Datuk Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.  

Turut hadir ialah Presiden Kumpulan MSU College & MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid.

Sementara itu, sebanyak empat kategori khas kecemerlangan turut dianugerahkan kepada 15 graduan sebagai pengiktirafan pencapaian mereka dalam aspek akademik dan kemahiran insaniah.  

Para graduan tersebut ialah Leonie Vitalis Lotius (Diploma Pengurusan) bagi Anugerah Emas Presiden dan Norhayanti Nordin (Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak) bagi Anugerah Mohd Shukri Yajid.

 Penerima Anugerah Akademik Natalie Ose Simon (Diploma Teknologi Makmal Perubatan) bergambar bersama keluarga beliau.
BANGGA: Penerima Anugerah Akademik Natalie Ose Simon (Diploma Teknologi Makmal Perubatan) bergambar bersama keluarga beliau.

Manakala penerima 10 graduan yang menerima Anugerah Akademik ialah Natalie Ose Simon (Diploma Teknologi Makmal Perubatan); Syamil Mohamad Khidzir (Diploma Seni Kulinari); Syed Nor Danish Danial Syed Nor Zurkanain (Diploma Teknologi Maklumat); Faruan Aidil Hamzah (Diploma Pengurusan); Lea Vanessa Lupang (Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik); Ellyshea Edward (Diploma Perakaunan); Adibah Abd Aziz (Diploma Reka Bentuk Grafik), BB Nurfitriyah Kamil (Diploma Pengurusan Hotel); Efrida Yuliana (Sijil Sains Komputer); dan Grace Ong Hwee Chern (Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak).

Sementara itu, tiga graduan pula menerima Anugerah Industri iaitu Katrina Maria Muhammad Shahril (Puncak Niaga Holdings Berhad), Rovate Linggie Kalong (Westar Aviation Services Sdn Bhd) dan Sri Munitharran Machavalan (Puncak Niaga Holdings Berhad)

Menerusi Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2016/2017, Kumpulan MSU College melalui 10 cawangan di seluruh negara telah mendapat penarafan enam bintang dalam pelbagai kategori berikutan pencapaian cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan yang memenuhi criteria serta standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sebagai institusi collegiate kepada Management & Science University (MSU), Kumpulan MSU College memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti melalui penggunaan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten dan versatil dengan penerapan budaya kecemerlangan.  Program pengajian ditawarkan turut menitik beratkan elemen Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memberikan akses pendidikan kepada semua.

 Penerima Anugerah Industri Rovate Linggie Kalong (Westar Aviation Services Sdn Bhd) bergambar bersama keluarga beliau.
TAHNIAH: Penerima Anugerah Industri Rovate Linggie Kalong (Westar Aviation Services Sdn Bhd) bergambar bersama keluarga beliau.

Sepanjang lebih tiga dekad yang lalu, MSU telah memperolehi pelbagai pengiktirafan sama ada dari dalam mahupun luar negara, antaranya ialah ‘Excellent Status University, Tier 5’ dan ‘The Most Entrepreneurial Private University’ oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, universiti ke-217 terbaik di Asia dalam QS Asia Ranking 2018, penarafan lima bintang dalam QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif, ‘BrandLaureate Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Development’ serta Putra Brand Award 2017.

Turut diadakan bersempena majlis graduasi tersebut ialah ‘Homecoming Fiesta’  yang bermula dari 4 sehingga 7 Julai dengan pelbagai pengisian menarik diadakan khusus kepada para graduan, ibu bapa dan warga kampus.

Advertisement