Anda di sini

Sensasi TV ‘Downton Abbey’ akan kembali dalam bentuk filem

Advertisement
 (Dari kiri) Penelope Wilton, Elizabeth McGovern, Michelle Dockery, Laura Carmichael dan Joanne Froggatt semasa satu sesi bergambar di Beverly Hills, California pada 21 Ogos 2015.  — Gambar Reuters
BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Penelope Wilton, Elizabeth McGovern, Michelle Dockery, Laura Carmichael dan Joanne Froggatt semasa satu sesi bergambar di Beverly Hills, California pada 21 Ogos 2015. — Gambar Reuters

IA merupakan drama sejarah yang dimanis-maniskan mengenai kisah cinta dan kehidupan tingkat atas-tingkat bawah di sebuah estet desa Inggeris yang menikmati kejayaan yang memeranjatkan di kedua-dua bahagian Lautan Atlantik - dan sekarang ia sudah kembali.

Filem ‘Downton Abbey’ sedang diusahakan.

“Kami teruja untuk mengumumkan ‘Downton Abbey’ akan muncul di skrin besar,” tweet siri televisyen itu pada Jumaat lepas. Penerbitan filem itu bermula pada musim panas ini.

Siri televisyen enam musim itu bersiaran di ITV di Britain dari 2010 hingga 2015, dan di Amerika Syarikat (AS) di Masterpiece PBS.

Di AS, ia memenangi tiga anugerah Golden Globe, 15 Anugerah Emmy waktu perdana dan mempunyai pengikut yang begitu ramai, dan menjadi siri televisyen bukan AS yang menerima paling banyak pencalonan dalam sejarah anugerah Emmy.

Ia menceritakan tentang kisah hidup keluarga Crawley, yang diketuai Earl of Grantham, dan para pembantu rumah mereka tatkala mereka mengharungi masa yang berubah daripada zaman kegemilangan aristokrasi British di bawah Raja Edward, hingga kepada Perang Dunia Pertama dan zaman 1920an yang begitu berjaya.

Barisan pelakon utama yang asal, termasuk Maggie Smith, Michelle Dockery dan Hugh Bonneville, dijangka akan melakonkan semula watak masing-masing dalam penerbitan skrin besar, laman sesawang berita hiburan Hollywood, Deadline, melaporkan.

Penciptanya Julian Fellowes sudah menulis lakon layar dan akan sama-sama menerbitnya, tambahnya. Highclere Castle di England dijangka akan kembali sebagai takhta keluarga.

‘Downton Abbey’ menjadi salah satu eksport drama terbesar dalam sejarah Britain dengan audiens antarabangsa sekitar 120 juta orang.

Siri televisyen itu berakhir pada 1926 ketika si anak perempuan Edith Crawley berkahwin dan menduduki tempat yang lebih tinggi daripada anggota keluarga lain, saudarinya Mary menunggu kelahiran anak keduanya, dan ketua pembantu rumah dan pembantu rumah wanita, Bates dan Anna, menyambut anak pertama mereka.

Syarikat yang berpangkalan di New York, Focus Features, sudah menetapkan penerbitan untuk tayangan di panggung dengan Carnival Films yang berpangkalan di Britain.

“Ia adalah impian kami untuk membawa sebuah filem kepada jutaan peminat global dan sekarang, selepas menjajarkan ramai bintang, kami akan memulakan penerbitan tidak lama lagi,” kata Gareth Neame selaku pengerusi eksekutif Carnival.

“Kami teruja untuk menyertai kumpulan pembuat filem, pelakon dan tukang yang luar biasa ini, yang diketuai Julian Fellowes dan Gareth Neame, untuk membawa balik dunia Downton ke skrin besar,” kata pengerusi Focus, Peter Kujawski.

Belum ada jalan cerita yang telah didedahkan dan tarikh keluar juga belum diumumkan. — AFP

Advertisement