Anda di sini

Warga asing kena 20 tahun sebabkan kematian isteri

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing terlepas daripada hukuman gantung dan digantikan dengan penjara 20 tahun, atas kesalahan menyebabkan kematian isterinya.

Tiga korum hakim Mahkamah Rayuan Dato' Abdul Rahman Sebli, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Wira Kamaludin Md Said sebulat suara membuat keputusan itu terhadap Agus Sudin.

Pindaan  pertuduhan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dibuat, setelah mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pembelaan, bahawa terdapat provokasi yang serius oleh si mati (mangsa).

Agus yang diwakili peguam Farazwin Haxdy, merayu atas sabitan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, pada 5 Jun tahun lalu.

Perayu menyebabkan kematian Lina Tagih, 42, pada 5 Mei 2015 jam 8.45 pagi, di jalan tidak berturap, kuarters pekerja, Syarikat Bornion Timber Sdn Bhd, Sook, daerah Keningau.

AGUS.
AGUS.

Terdahulu, Farazwin berhujah bahawa hakim perbicaraan terkhilaf menilai fakta, tanpa mengambil kira hujah pembelaan mengenai provokasi, antara perayu dan isterinya.

Katanya, kesilapan juga berlaku apabila Mahkamah Tinggi menyabitkan kesalahan itu, apabila bukti yang diperolehi menunjukkan, perayu tiada motif membunuh mangsa.

Tambahnya, kegagalan pegawai penyiasat melakukan siasatan secara menyeluruh, disamping gagal memberikan bukti yang mencukupi, akan memudaratkan perayu.

  • oleh
  • Advertisement