Anda di sini

Keputusan kes bunuh Bill Kayong 10 Ogos

Advertisement
 

MIRI: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 Ogos depan untuk mendengar keputusan kes bunuh aktivis sosial, Bill Kayong.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Ravinthran N. Paramaguru setelah mendengar hujahan akhir daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguambela tertuduh.

Mohamad Fitri dari Pujut 4 di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Bill Kayong.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pasaraya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini

  • oleh
  • Advertisement